“Keluarga Terdekat Pun Ti4da Gambar Bilal, Mereka Minta Pun Kami T4k Bagi”

Hampir sebulan menimang cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu, pasti ramai tidak sabar melihat wajah anak Neelofa dan PU Riz yang diberi nama Muhammad Bilal.

Memetik Harian Metro, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkara dia menyerahkan keputusan kepada anaknya untuk berkongsikan gambar cucunya kepada umum.

“Saya tak pernah sebab keluarga terdekat di Kelantan pun tiada gambar Bilal. Mereka minta pun kami tak bagi. Jika diikutkan setiap hari dia akan mengirimkan gambar Bilal walaupun setiap hari berjumpa mereka. Namun, saya tidak akan ambil gambar atau tanya bila dia mahu kongsi.

“Biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kita hormat pilihannya. Saya pun kalau ikutkan banyak benda nak tanya tapi tidak diluahkan sebab ini adalah kehidupan dia.

“Saya percaya sekarang ini pun sudah ramai yang bertanya bila dia mahu dedahkan wajah Bilal, jadi sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan itu,” katanya.

Berkongsikan mengenai proses berpantang anaknya itu, Kartini berkata Neelofa tidak berdepan masalah untuk menjaga Bilal dan cepat belajar. Ujar Kartini lagi, Neelofa juga mempunyai pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini.

“Selepas berpantang di hospital dan di rumah saya selama seminggu, Neelofa kini memilih untuk berpantang di rumahnya sendiri kerana lebih memberi keselesaan.

“Namun, setiap hari saya akan luangkan waktu di rumahnya selama beberapa jam. Walaupun dia sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini, tapi menjaga anak sendiri sangat berbeza.

“Jadi sebagai ibu saya cuba ingatkan mana yang patut. Neelofa seorang yang cepat belajar dan tiada masalah untuk menyesuaikan diri bergelar isteri dan ibu.

“Alhamdulillah Bilal pun mudah sangat untuk dijaga dan tak banyak meragam. Bagi saya yang memiliki anak yang ramai dan melihat keadaan Bilal, saya rasa semua dia mudah untuk diuruskan.” katanya.

About admin

Check Also

Selepas Dua Tahun Kem4tian Ashraf Sinclair, Ini Ke4daan BCL Sekarang

  Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.