MEMAKAI anduh pada tangan kirinya bukan bermakna patah, sebaliknya ia ‘h1lang’ ak1bat kem4langan yang di4laminya hampir lima tahun lalu.

Di laman sosial, pemuda terbabit telah mencvri perhatian ramai kerana tidak jemu memakai tangan p4lsu sepanjang bertugas sebagai penghantar makanan.

Pada masa sama, Ahmad Nabil Rosli juga rajin menjawab pertanyaan netizen mengenai sebab dirinya memakai tangan p4lsu.

Berkongsi pengalaman, jejaka berusia 23 tahun itu berkata, dia terbabit dalam kem4langan ak1ibat terlel4p semasa menunggang motosikal atau microsleep pada 14 Mei 2017.

“Tangan saya hampir putvs selepas motor yang saya tunggang terbab4s mel4nggar pembahagi jalan, sehingga terp4ksa membuat keputusan tangan dip0tong.

 

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Kini sudah biasa memakai tangan p4lsu ke mana-mana terutama ketika hantar makanan kepada pelanggan,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Nabil, dia mempunyai alasan memakai tangan p4lsu ketika bertugas bagi membantu melindungi dirinya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Tangan palsu ini dapat menampung impak sekiranya saya terjatuh motor. Kulit bahagian bahu kiri nipis, jadi ia boleh beri lebih perlindungan,” ujarnya yang berasal dari Selayang, Selangor.

rider tangan palsu 5

Nabil reda menjalani kehidupan dengan sebelah tangan.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, pemakaian tangan palsu sejak 2019 itu juga bagi ‘menutup’ kekurangannya sewaktu mencari rezeki.

“Saya tak mahu simpati masyarakat yang pandang saya, kemudian nak hulurkan duit. Saya mahu berdikari atas usaha sendiri.

 

Saya tak mahu simpati masyarakat yang pandang saya, kemudian nak hulurkan duit. Saya mahu berdikari atas usaha sendiri.

AHMAD NABIL ROSLI

“Selain itu saya juga mahu setiap pelanggan selesa dengan kehadiran saya. Kalau orang dewasa okay lagi, macam mana kalau saya berdepan dengan kanak-kanak?

“Pernah sekali saya nak cepat hantar makanan, tak sempat nak pakai tangan palsu. Bila sampai ke rumah pelanggan siang hari, anak tuan rumah yang keluar cepat-cepat berlari masuk ke rumah sebab takut tengok saya hanya ada satu tangan,” katanya yang kini menetap di Kemaman, Terengganu.

rider tangan palsu 2

Nabil mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Selain video-video berkongsi pengalaman mengenai tangan palsu di aplikasi TikTok, Nabil yang bekerja sebagai penghantar makanan sejak 2020 turut rajin membuat ‘live’ mengenai baju-baju terpakai atau bundle yang dibelinya.

“Saya gemar beli baju-baju bundle sebab murah dan cantik. Jadi, saya kongsi kepada followers tentang apa yang saya pakai, pada masa sama support bisnes peniaga baju bundle.

“Itu bukan review berbayar, saya tak mendapat untung pun. Saya beli sendiri dan sukarela support bisnes peniaga yang kadang-kadang kena ‘joy’ (dit1pu bakal pembeli),” katanya yang mempunyai lebih 70,000 pengikut di TikTok.

Sumber : MSTAR