TEMERLOH – Seorang ibu tidak menyangka hanya mampu melihat jasad anaknya setelah tiga bulan tidak bertemu, apabila mang.sa terlibat dalam kejadian kemala.ngan di Kilometer 142.8, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini kelmarin.
Mangsa, Siti Fairuz Adnan, 28, ma.ut dalam kema.langan di Lebuh Raya Pantai Timur ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas lebih tiga bulan tidak bertemu ibu dan bapanya di kampung apabila bertukar dari Angkapan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Temerloh ke Pekan pada Disember lalu.
Hamidah Saleh, 61, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu ada memaklumkan kepadanya akan pulang ke kampung malam kelmarin selepas tiga bulan mereka tidak bertemu.
“Dia anak yang paling manja tetapi kerana tugas khususnya menjaga pusat pemberian vaksin menyebabkan dia tidak dapat pulang ke kampung tetapi kami hanya berhubung melalui telefon.
“Memang saya se.dih kerana dia anak bongsu dan sudah tentu paling manja, tetapi saya sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya di sini semalam.
Ujarnya, kema.tian anaknya itu sangat mengejutkan dia dan suaminya yang uzu.r.
Dalam kemal.angan itu, dua anggota APM ma.ut, manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta jenis Proton Wira dinaiki mereka merem.puh belakang sebuah treler di Kilometer 142.8, LPT 1.
Ma.ngsa yang ma.ut dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu ialah pemandu kereta, Muhammad Nur Izzuddin Mohd. Razali, 21, dan penumpang hadapan Siti Fairuz, manakala seorang penumpang belakang mengalami kecederaan parah.
Allahyarham Siti Fairuz dikebu.mi
Sumber : Kosmo