Ketika Ditemubual, Erra Fazira J4wab Adakah Dia D4h Berkahwin Deng4n VVIP Bersttus Mnteri

Kuala Lumpur – Sudah terlalu kerap bintang jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira, 48, dijodohkan dengan lelaki pelbagai usia dan status sejak bergelar j.anda h.ots lapan tahun lalu.

Namun, satu demi satu gosip yang menerpa hidupnya hilang dibawa angin lalu apabila Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek mena.fikan kebenarannya.

Meskipun sudah penat mena.fikan ataupun melafazkan janji tidak berahsia jika kembali bergelar isteri, namun, d.akwaan berkahwin secara rahsia dengan lelaki berstatus kenamaan terus bertiup kencang.

Bertemu Erra yang kini membintangi filem Rumah itu sekali lagi menegaskan, beritanya berkahwin dengan seorang VVIP berstatus m.enteri tidak benar sama sekali. Hingga saat ini, statusnya masih single.

“Saya masih ibu tunggal yang kini membesarkan seorang anak perempuan. Tanggungjawab cukup besar kerana saya mahu mendidik Engku Aleesya Engku Emran menjadi anak yang sempurna dan diberikan memberi bekalan secukupnya menghadapi masa depan.

“Sehingga saat ditemubual ini, saya masih menggalas gelaran ibu tunggal. Sebagai selebriti, saya anggap apa yang berlaku adalah asam garam dalam kehidupan.

“Sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni, saya sudah banyak kali dijodohkan dengan pelbagai jenis lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dibimbangkan apabila d.akwaan ini timbul,” katanya.

Mengulas kenapa bila sebut nama Erra Fazira, pasti dikaitkan dengan golongan VVIP, bintang filem Sembilu dan Soal Hati itu berkata, sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan lelaki muda, tetapi ada juga mempersoalkan hubungan mereka.

“Apabila dida.kwa mempunyai hubungan lelaki berpangkat, tetap juga menjadi bahan perdebatan. Pada usia sekarang sekiranya bertemu jodoh, saya hanya mengikut aturan yang ditetapkan Allah.

“Tiada lagi ciri-ciri lelaki idaman seperti sebelum ini. Saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Dij.olok tu.duhan mendapatkan nasihat pelakon dan produser, Datuk Ziela Jalil sebagai rujukan untuk hidup bermadu, Erra hanya ketawa.

“Saya sudah agak pasti ramai yang ingat saya adalah artis dimaksudkan. Saya ada membaca cerita ini, tak dinaf.ikan ramai juga bertanya.

“Namun, bukan saya artis yang mendapat nasihat Ziela pasal hidup bermadu ini. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengan Ziela,” katanya.

Terdahulu, M.enteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mena.fikan d.akwaan kononnya bernikah dengan Erra pada Oktober, tahun lalu.

Erra pernah dua kali mengalami kega.galan rumah tangga. Pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berc.erai pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya. Ikatan perkahwinan Erra dan Emran terl.erai selepas tujuh tahun tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit : BH

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.