Rombongan p4kai sari iringi pengantin lel4ki, rupa-rupanya ada kaitan dar4h campur… pemuda ini kongsi kis4h di suatu pagi ke masjid c4ri tok imam

PALUAN kompang mengiringi pengantin lelaki yang segak berbaju Melayu songket, sarat dengan elemen tradisional yang enak mata memandang.

Menerusi video yang tular di media sosial, pengantin persis pahlawan apabila lengkap dengan tengkolok dan keris.

Turut mencvri tumpuan tentunya rombongan yang mengiringi pengantin lelaki, dengan rata-ratanya dalam persalinan kaum India, memakai sari. Begitulah indahnya Keluarga Malaysia!

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Muhammad Ruhillen Zakhlis Sinnathamby berkata, ia merupakan hari persandingannya di Batu Pahat, Johor pada 11 Disember lalu, selepas bernikah pada hari sama.

Pemuda berusia 32 tahun itu memberitahu, rombongan yang memakai sari yang mengiringinya ketika itu adalah ibunya bersama saudara-maranya yang berbangsa India.

 

Ibu saya berbangsa India dan beragama Hindu, manakala ayah saya pula berbangsa Cina. Ibu dan ayah berpisah sejak saya masih kecil.

“Jadinya saya berdarah India-Cina dan bergelar mualaf setelah memelvk Islam pada 25 November 2020,” katanya ketika dihubungi.

 

Zakhlis (kiri) dan isteri pada hari persandingan.

Mesra dengan panggilan Zakhlis, katanya, dia mula mengenali isterinya, Adibah Mohd Kadir, 29, ketika bekerja di tempat sama pada 2017.

Bermula hanya sekadar rakan, Zakhlis bagaimanapun memberitahu dirinya berasa cukup selesa dan menyenangi wanita itu yang banyak berkongsi ilmu mengenai agama Islam.

“Isteri saya baik dalam soal agama, didikan daripada keluarganya. Masa berkawan tu, dia banyak bercerita tentang agamanya.

“Saya yang mendengar seperti terbuka hati untuk mendalaminya. Saya dari kecil memang rapat dengan kawan-kawan Melayu dan beragama Islam,” ujar anak kelahiran Klang, Selangor itu.

Lama-kelamaan hatinya semakin ‘jatuh cinta’ dengan agama Islam sehingga membuatkan anak tunggal itu nekad untuk memeluk Islam

 

Zakhlis (dua, kiri) dan isteri (dua, kanan) bersama ibu kandung (kiri) dan ibu mentua.

“Suatu pagi saya tergerak hati untuk pergi ke masjid nak jumpa tok imam, juga nak tanya mana-mana pihak yang boleh bantu saya masuk Islam.

“Saya kemudian dipertemukan dengan seorang ustaz yang membantu saya mengucap dua kalimah syahadah beserta saksi di sebuah restoran,” katanya sambil menambah ustaz berkenaan berpengalaman membimbing saudara baharu dalam Islam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Masa berkawan tu, dia banyak bercerita tentang agamanya. Saya yang mendengar seperti terbuka hati untuk mendalaminya.

MUHAMMAD RUHILLEN ZAKHLIS SINNATHAMBY

Zakhlis yang baru selesai majlis persandingan bagi keluarganya di Klang pada 12 Februari berkata, keputusannya untuk memeluk Islam pada awalnya tidak diketahui sesiapa termasuk ibu kandung dan gadis yang disukainya.

“Pada mulanya saya takut ibu sedih. Selepas seminggu peluk Islam baru saya beritahu ibu. Tapi syukur Alhamdulillah ibu tak sedih, sebaliknya dia gembira.

“Dia (kini isteri) juga baru diberitahu. Saya syukur mendapat penerimaan yang baik daripada dia dan keluarganya terutama ayahnya yang sentiasa mengingatkan saya walau apapun, jangan sesekali tinggal solat,” tambahnya.

 

Majlis persandingan bagi keluarga lelaki pada 12 Februari 2022.

Zakhlis yang kini berniaga berkata, dia kemudian nekad untuk merisik rakannya itu sebelum majlis tersebut bertukar menjadi pertunangan pada 10 April 2021.

“Saya terpikat dengan isteri yang bersederhana dan lemah-lembut. Sebelum masuk Islam, banyak kali juga saya ajak dia kahwin, tapi mungkin dia anggap saya tak serius.

“Bila dah enam bulan saya peluk Islam, barulah dia sudi nak kahwin dengan saya. Mulanya nak merisik dulu, terus bertunang. Alhamdulillah dia kini sah isteri saya!” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MSTAR

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.