Mac4m Pro! Siti Nurhaliza Tunjuk Skil Main Badminton Deng4n Jaguh Negara, Tan Boon Heong. Jadikan Suk4n Cara Lepas Tekan4n

BAGI mengekalkan stamina dan mendapatkan minda cerdas, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan aktiviti bermain badminton sebagai sukan pilihan ketika waktu senggang.

Menurut Siti, 43, bersukan memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan, lebih-lebih lagi penyanyi sepertinya yang perlu kekal bertenaga semasa membuat persembahan pentas.

“Bersukan merupakan salah satu cara saya lepaskan tekanan dan dapatkan tubuh badan lebih sihat. Secara tak langsung minda pun jadi lebih tenang lepas bersukan.

“Saya suka kalau dapat buat banyak aktiviti bersukan macam ini tapi itulah kadang-kadang masa. Kalau berpeluang pasti saya rancang setiap bulan.

“Sebelum ini saya pernah menyertai aktiviti sukan bersama rakan artis, ramai yang pandai main badminton dan bola jaring. Masing-masing ada semangat seorang atlit cumanya kita tak ada masa nak tunjukkan bakat,” katanya kepada mStar.

iti Nurhaliza segelanggang dengan jaguh sukan negara, Tan Boon Heong.

Penyanyi lagu Kuasa Cintamu ini ditemui semasa perlawanan persahabatan badminton bersama bekas pemain negara, Tan Boon Heong yang diadakan di Twin Towers Fitness Centre, KLCC, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tan Boon Heong yang juga merupakan duta produk minuman sarang burung Beaunest keluaran Beausiti meluangkan masa hampir tiga jam di gelanggang berkenaan.

InsyaAllah lepas ini kita rancang untuk buat aktiviti bersukan dengan lebih ramai lagi artis

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

“Saya sebenarnya tak puas lagi main badminton dengan beliau tapi disebabkan ini majlis jadi kita kena ikut aturcara yang disediakan, mungkin selepas ini kita boleh buat lebih banyak aktiviti sukan badminton.

“Lagi pun aktiviti kita anjurkan ini hanya suka-suka sahaja. Kali ini dia bagi chance pada saya. Sebenarnya yang seronok bila dapat berkumpul kita boleh tengok ramai artis yang boleh saya katakan ada latar belakang aktiviti sukan.

Tan Boon Heong seronok dapat bekerjasama dengan Siti Nurhaliza.

“Contohnya, penyanyi baharu yang diundang iaitu Syahmi Irfan, dia merupakan junior pasukan badminton negara, sekarang ini dia fokus bidang hiburan sebagai penyanyi. InsyaAllah lepas ini kita rancang untuk buat aktiviti bersukan dengan lebih ramai lagi artis,” ujarnya.

Sementara itu, Tan Boon Heong pula meluahkan rasa teruja kerana dapat segelanggang bersama penyanyi nombor satu negara ini.

Sebagai duta jenama minuman berkenaan, Tan Boon Heong berkata dia seronok dapat bekerjasama dengan Siti Nurhaliza dan berharap dapat menjayakan lebih banyak lagi program sukan selepas ini.

“Isteri saya memang peminat Datuk Siti, dia boleh menyanyi lagu Datuk Siti! Seronok hari ini kerana dapat berjumpa dengan peminat Datuk Siti dan kita adakan perlawanan untuk enjoy sahaja.

“Pertama kali berkerjasama dengan Datuk Siti semuanya berjalan begitu baik dan bila dah berjumpa terus rasa dah jadi kawan.

“Semoga pemilihan saya sebagai duta ini dapat meluaskan lagi pasaran produk minuman ini kepada semua bangsa. Minuman ini memiliki banyak manfaat, lebih-lebih lagi mereka yang aktif dengan sukan,” ujarnya.

Sumber: mStar

About admin

Check Also

Selepas Tular Gambar Rumah Dek4t Pangsapuri Berub4h Jadi Teres, Ini Jawapann Dari MBPJ

  Kuala Lumpur – “Rumah flat, selera teres.” Itu antara reaksi netizen selepas melihat gambar yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.