“Cemana Boleh M4suk?” Netizen Pertikai Ina Naim Sak4n Main ‘Bowling’ Tapi Tak Vaksin?

 

 

 

Setelah sekian lama mendiamkan diri dari media sosial, isteri kepada penyanyi nasyid sensasi, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim terlihat sudah kembali aktif selepas membuka akaun TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video Ina di dalam platform tersebut, kelihatan dirinya sedang gembira bermain bowling bersama keluarganya.

Sehubungan dengan itu, ramai peminat yang turut berasa gembira kerana melihat Ina kini sudah semakin gembira.

Biarpun ruangan komen wanita tersebut dipenuhi dengan respon-respon yang positif dari peminat, namun ada segelintir netizen yang mempertikaikan tentang status vaksinasinya.

Netizen mempersoalkan bagaimana Ina boleh memasuki ke pusat membeli-belah dan mereka merasakan ia boleh membahayakan nyawa orang lain sekiranya memang benar dirinya belum divaksin.

Biarpun begitu, ada peminat-peminat Ina yang mengatakan wanita tersebut serta keluarganya telah pun divaksin.

Sekadar info, suami Ina iaitu Suhaimi Saad amat terkenal dengan pendiriannya sebagai anti-vaksin dan ubat-ubatan moden.

sumber : beautifulnara.com

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.