Gadis Ini Tid4k Hiraukan Keselamatan Diri Demi Ibunya, S4nggup Berpaut Pada Jambat4n Runtuh Akibat Banjir

Pertaruh nyawa lalu jambatan runtuh!Detik c3mas itu dapat dirasai menerusi satu vide0, menyaksikan seorang gadis sanggup menggadaikan ny4wa berpaut pada jambatan yang runtuh, dipercayai berlaku susulan hujan lebat.

Menurut video tular berdurasi 25 saat itu, ia dikatakan berlaku di Belukar Bukit di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Gadis berkenaan yang hanya berpaut pada besi penghadang jalan itu sanggup menempuh bahaya demi bertemu ibu tercinta. Di fahamkan kejadian itu berlaku pada Isnin petang.

Individu yang berkongsi video tersebut di laman sosial memberitahu, dia pertama kali ke kawasan dekat Jalan Belukar Bukit bagi melakukan misi bantuan banjir.

“Allahuakbar… kuat semangat mu dik. Demi bertemu ibu tercinta,” menurutnya sambil memaklumkan di ruangan komen bahawa jambatan di Belukar Bukit itu merupakan jalan menghubungkan antara Ajil dan Betong.

Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan gadis tersebut yang sanggup menggadaikan nyawa.

“Jangan bahayakan diri. Guna jalan yang lain dulu sebelum jambatan dibina balik.Ya Allah kasihan pula,” demikian antara komen-komen netizen.

Penjelasan individu yang berkongsi video itu bagaimanapun melegakan banyak pihak.

VIDEO

VIDEO

“Alhamdulillah… segala puji bagi Allah. Adik ni selamat dan bertemu ibunya.Mungkin lepas ni dia pun takut. Mungkin tadi dia terlalu rindukan dan semangat untuk bertemu ibunya terlalu kuat. Doakan yang terbaik,” tambahnya.

Tambah pengguna TkT0k itu lagi, dia dimaklumkan bahawa bekalan elektrik dan air di kawasan itu terputus sejak Sabtu.

“Info daripada orang situ… semua bekalan elektrik dah tiada kat situ akibat banjir kelmarin termasuk air,” katanya.

Video yang dikongsikan pengguna TkT0k @PaaWork83 sejak Isnin malam itu meraih lebih 230,000 tontonan.

Hujan yang berterusan di negeri Pantai Timur sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir di luar kebiasaan.

Dilaporkan, mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 17,742 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu, pagi Selasa.

Ia menyaksikan 141 PPS dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 4,557 keluarga.

Pada Isnin, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira pukul 3 petang.

SUMBER:MSTAR

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.