GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke Australia.

Kali ini giliran Safiey Illias pula buat pengumuman akan berpindah keluar dari Malaysia ke negara lain.

 

Usahawan kontroversi Safiey Ilias bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baharu di Bangkok, Thailand.

Spekulasi itu timbul susulan tindakan Safiey Ilias yang menjual semua aset dimiliki membabitkan rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, itu antara perancangan yang sudah diatur selain menyifatkan ia pilihan terakhir untuk kehidupan yang lebih baik.

“Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.

“Soal dikatakan bakal berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezeki saya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Dalam masa sama, Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila terharu apabila masih mendapat sokongan warganet menerusi komen dan mesej peribadi (DM) di Instagram.

“Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula.

Dulu saya tak sedar sangat perkara ini. Tapi bila dalam situasi sekarang, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat.

“Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman. Kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

About admin

Check Also

“Patut dap4t 5 bintang”- Penghantar Mak4nan Dipuji Ramai, Hantar Order S4mpai Dewan Kuliah!

Sekarang ni kalau kat rumah tak ada makanan pun tak ada hal sebab boleh pesan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.