Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi bernama Aina Abdul ini. Suaranya yang sangat merdu dan pandai mengawal vokal mengikut rentak lagu sesuai membuatkan peminat memuji bakat yang ada padanya.
Terbaharu Aina Abdul hadir dengan lagu terbaharu darinya berjudul Fool. Lagu ini dalam bahasa Inggeris dan sudah pastinya tetap mendapat perhatian umum.
Muzik video lagu baru Aina Abdul berjudul Fool ini telah pun ditayangkan menerusi saluran Youtube penyanyi ini sendiri beberapa jam yang lalu. Jom layan dulu muzik video lagu terbaharu dari Aina Abdul ini:
Memang world class betul! Dari konsep, pakaian hinggalah ke lagu ini sendiri memang menarik untuk ditonton. Muzik video lagu baru Aina Abdul berjudul Fool ini telah meraih 4 ribu lebih dan 1.5 ribu likes.
Rata-rata warganet memuji hasil buah tangan terbaharu dari Aina Abdul ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“Wehhh International teruks ni! Come on Malaysia trendingkan lagu ni sampai ke antarabangsa!. Bangga sangat sebab kita ada Aina Abdul”
Sumber : yt