Biasanya kita akan lihat pengantin wanita akan lebih malu-malu sekiranya ketika sesi batal air sembahyang selepas akad nikah. Mana tidaknya mereka ini betul-betul menjaga batas pergaulan sehingga perasaan malu itu hadir walaupun dengan suami sendiri.
Pengantin lelaki malu-malu saat sesi batal air sembahyang. Bagaimanapun, lain pula kali ini apabila si suami yang agak malu-malu dan menggigil ketika sesi batal air sembahyang selepas akad nikah.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TlkTok dikenali sebagai @ashaallyy memaparkan pasangan pengantin yang sedondon berbaju putih dipercayai baru selesai melangsungkan akad nikah.
Malah, ketika ingin bersalam pun pengantin perempuan terlebih dahulu menghulurkan tangan sebelum disambut pengantin lelaki. Malah, pengantin lelaki juga dilihat memegang beralas saat memegang tangan isterinya sambil tersenyum bagai tak percaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju akan pendapat menyatakan lelaki yang baik hanya untuk wanita yang balk. Malah, mendoakan pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik
Sumber : Redaksi