“Dulu N4k Tidur Pun Tak Boleh, Gaji Puluhan Ribu Pun Rasa T4k Cukup-Cukup”

Kini sudah berhijrah kearah lebih baik dan mula menyertai jemaah tabligh sejak beberapa tahun lalu, Faizal Ismail beralih tumpuan mendalami bidang keagamaan dan kerohanian.

Pengacara dan bekas penyampai radio itu berkata, dia kini lebih tenang dan menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah meskipun dilihat tidak sekaya dahulu.

“Terus-terang, saya sekarang hanya menjana pendapatan melalui undangan forum di surau dan masjid. Ia sebuah fasa yang berbeza, tak macam dulu yang menyaksikan saya terarah pada bidang hiburan sebagaimana yang orang tahu.

“Tapi, saya tetap bersyukur dan tak lagi ‘meminta-minta’ peluang ‘job’ macam dulu. Demi kekalkan istiqamah dengan Allah SWT saya fokus undangan sebagai moderator forum dan tetamu jemputan. Dulu, gaji puluhan ribu pun rasa tak cukup-cukup.

“Malah, nak pakai kereta apa, saya dapat saja.Memang daripada segi wang tunai tak banyak macam dulu, tapi rezeki saya sekarang tak putus. Sedikit tapi berterusan. Daripada situ, saya dah tak meminta-minta,” katanya.

 

Dalam pada itu, Faizal mengakui sebelum ini dia terlalu mengejar kemewahan dunia sehingga tercicir dalam hubungannya dengan Allah. Ujarnya lagi, dia turut berdepan masalah sukar tidur dan rasa tidak tenteram berbulan lamanya sehingga pernah bertemu dengan pengamal perubatan.

“Bayangkan keperluan hidup saya seisi keluarga secara bulanan cecah belasan ribu. Sebulan saya kena jana pendapatan sekurang-kurang RM12,000 hingga ke RM14,000.

“Saya pernah memiliki sampai dua, tiga buah rumah. Tapi bila nak tidur tak boleh pejamkan mata, doktor juga sahkan tiada masalah dalam darah atau jantung.

“Ustaz-ustaz yang merawat berkata ada sesuatu yang mengganggu, saya pun tak nak ulas lebih mengenai hal itu. Simpan sendiri saja,” katanya.

Sementara itu, Faizal meluahkan rasa syukur perbuhanannya dalam mencari ilmu agama mendapat sokongan isteri dan anak-anak. Malah, keluarganya turut mengikut jejak langkahnya untuk mendalami agama.

“Awalnya dulu, isteri ada juga mempersoalkan perubahan pada diri saya. Hari-hari menghadap saya tanya itu ini. Tapi lepas dia perhatikan perubahan saya, keluar bersama jemaah tabligh,dia sejuk hati dan anggap ia adalah perubahan positif.

“Paling bernilai, isteri dan anak-anak turut mengikut jejak langkah saya mendalami agama. Ustaz pernah beritahu bukan mudah untuk saya terbang dengan dua sayap. Anak-anak saya pula sekarang hari-hari pergi ke surau selain mereka dah boleh hafal surah-surah al-Quran,” katanya.

 

 

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.