2 K4li Tukar Agama, Penyanyi Terkenal Marcell Akhirnya Ten4ng Selepas Memeluk Agama Islam…

“Selepas memelvk agama Islam, saya menjadi lebih tenang”, Penyanyi Marcell Bangga PeIuk Islam

Hidayah itu milik Allah SWT. Sungguh bertuah untuk mereka yang dikurniakan dengan hidayah dan bergelar seorang Muslim. Pelajarilah ilmu agama secukupnya dan anda akan menjadi lebih tenang sebagai Muslim yang sejati. Insyallah.

Penyanyi Marcell Siahaan yang cukup popular dengan lagu Firasat baru baru ini bercerita tentang perjalanan kerohaniannya sepanjang berusia 43 tahun. Marcell mengaku kepada Daniel Mananta, dia dilahirkan dan kemudian menganut agama Kristian.

 

Kemudian, kata Marcell selepas berkahwin dengan Dewi Lestari dia menukar agamanya kepada Buddha. Dia sekali lagi menukar agamanya selepas berkahwin dengan pelakon Singapura, Rima Melati yang kini masih menjadi isterinya.

Menurut Marcell dia kini merupakan seorang mualaf selepas memelvk agama Islam yang juga merupakan agama isterinya. “Selepas memelvk agama Islam, saya menjadi lebih tenang. Saya rasa setiap sesuatu pasti ada titiknya,” akui Marcell dalam temu bual di saluran Youtube milik Daniel, semalam.

Dalam temu bual yang sama, Marcell mengatakan dia berbangga menjadi seorang mualaf kerana dapat berkongsi kebaikan dengan orang sekeliling melalui agama Islam. “Saya fikir selepas memelvk Islam ia menjadikan saya sebagai seorang manusia yang lebih baik dan berkongsi kebaikan itu secara tak langsung dengan orang sekitar.

“Jadi ini (peluk Islam) bukan pencapaian peribadi dan kerohanian saya, tetapi juga memberi manfaat kepada semua,” jelas ayah kepada tiga anak ini. Malah kata Marcell, mengenal Allah yang satu membuat dirinya belajar tentang menjalani kehidupan yang lebih ikhlas. “Dia (Allah) sangat saya sayang dan amat berharga. Melalui Islam saya belajar berserah dan ikhlas dalam seluruh kehidupan,” tutupnya.

Instagram: @marcellsiahaans via Majalah Harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.