Menurut Vicha suaminya seorang yang penyayang dan sentiasa memberikan sokongan. Kata Vicha dia pernah mengenali lelaki Melayu namun semuanya penipu dan tidak setia.

“Ketika mula jumpa dulu dia agak sombong dan tidak banyak cakap. Saya yang mula mendekati dia kerana ada ciri-ciri lelaki pilihan yang saya mahukan.

“Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu, ada yang kantoi sudah punya pasangan. Belajar dari pengalaman perkahwinan sebelum ini, jika lelaki menipu saya akan tinggalkan terus.

“Dengan Johnson, saya rasa berbeza. Dia berikan saya perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah saya dapat selama ini,” katanya.

Dalam perkahwinan terdahulu, Vicha mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista yang kini berada di Indonesia.