Md Jali, D4n Isteri Menyer4hkan Semua Harta Dan Wang Tunai Bahagian Mereka Di4nggarkan Hampir RM300,000 Kepada Menantu

Alhamdulilah….bila agama menjadi keutamaan, tak macam kisah terkini yang viral siap saman menyaman. Md Jali, 68, dan isteri, Fatimah Marali, 65, sebaliknya menyerahkan semua harta dan wang tunai bahagian mereka dianggarkan hampir RM300,000 kepada menantu, Nur Rahimah Mohamad Nasir, 38, dan empat cucu perempuan berusia antara tiga dan 12 tahun.

“Saya tidak mahu satu sen pun duit atau apa saja harta pusaka peninggalan arwah walaupun ia boleh dikira ‘rezeki terpijak’ bagi sesetengah orang,” kata Md Jali Jamil, yang menolak semua bahagian miliknya pada harta pusaka peninggalan arwah anak lelakinya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Mengikut pecahan faraid, Md Jali dan Fatimah masing-masing akan mendapat satu per enam pembahagian harta, Nur Rahimah, satu per lapan manakala empat anak perempuan ialah dua per tiga.
Md Jali juga mendapat pembahagian terbanyak disebabkan arwah anaknya tidak mempunyai anak lelaki.

Menurutnya, dia bersyukur dengan apa yang ada dan saya tidak mahu tergolong dalam orang yang kufur nikmat sehingga harta pusaka boleh memutuskan hubungan kekeluargaan.

“Anak arwah masih kecil jadi lebih elok saya serahkan bahagian saya dan isteri kepada menantu untuk membesarkan mereka.”
Ayah
“Lagipun duit simpanan yang ada sudah cukup untuk menampung kehidupan kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia berkata, arwah anaknya, Mohd Radif dirempuh sebuah kenderaan lain yang terbabas di kawasan Rawat dan Rehat Gurun, Kedah pada 26 Oktober 2013.

“Dua bulan selepas kematiannya, Nur Rahimah memanggil untuk memberitahu pembahagian harta pusaka mengikut faraid yang disampaikan oleh pegawai pemegang wasiat dilantik arwah sebelum itu.

“Arwah tidak mempunyai anak lelaki, jadi mengikut faraid, ada bahagian tertentu harta pusakanya jatuh kepada kedua orang tuanya selain isteri dan empat anak perempuannya,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan arwah meninggalkan sebuah rumah, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), akaun bank dan kenderaan dianggarkan bernilai hampir RM300,000.

“Semasa diberitahu saya berhak mendapat bahagian yang agak banyak, saya menjadi sebak mengenangkan nasib menantu dan cucu yang hilang tempat bergantung.

“Jadi awal-awal lagi saya dan isteri menyatakan hasrat menyerahkan semua bahagian kami kepada menantu dan cucu yang lebih memerlukan,” katanya.

Md Jali berkata, dia bersyukur apabila anaknya yang lain menyokong dan tidak menjadikan harta pusaka sebagai punca perbalahan. Sifat murni Md Jali dan Fatimah wajar dicontohi demi menjaga keharmonian dan kerukunan sesebuah keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Harian Metro via majalahilmu

About admin

Check Also

(video) “ken4pa guna lagu ni, penatlah..” Situasai Cemas Lelaki L4ri Roadblock Disunting D4lam Tiktok Curi Tumpuan R4mai

Apabila tersangkut di jalan raya gara-gara roadblock, sudah pasti ada di antara kita auto cemas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.