AKU CIKGU ENGLISH, AKU BERJ̷AYA SLPS DIH̷4LAU IBU. L3P̷AS 5 T̷AHUN, IBU CALL SURUH B̷4LIK, S̷AMPAI RUM̷AH IBU TKJUT AKU PAK̷4I BMW

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, nama saya Sir N. Saya seorang cikgu English di Sekolah Kerajaan dan juga buat side income as seller. Sebelum saya nak cerita ni. Saya minta maaf la kalau saya ada salah eja or saya tulis ni korang tak faham ker. Jalan cerita saya ni berterabur ker.

Walaupun saya ni warga pendidik, saya cikgu English. BM saya berterabur. To Admin.. terima kasih yer post confession saya ni.

Perkara ni sebenarnya dah berlaku lama. Nak kata lama tu macam tak lama sangat. Baru berlaku tahun lepas.

Saya anak bongsu daripada 2 adik beradik. Yer tak ramai, saya ada abang je. Dari kecik sampai sekarang berempat je dengan mak dan ayah saya..

Dari dulu lagi saya tak tau la. Saya ni kena pilih kasih ker apa ker entah la. Dari zaman tori lagi (bak kata orang pahang).

 

Mak dan Ayah saya tak pernah puji saya kalau saya ni dapat result cemerlang ke dapat jadi murid contoh dan pencapaian pencapaian tu semua la.

Tapi abang saya, even dapat 1A pun celebrate macam dapat straight A. Dapat hadiah phone baru, kasut baru, beg baru, macam macam la..

Saya pernah terluuka banyak kali, ada masa tu saya dapat no. 2 dalam tingkatan tau bukan kelas. Tingkatan yg saya ni no. 2 antara beratus murid dalam tingkatan yang sama.

Dalam bas nak balik rumah senyum lebar tak sabar nak tunjuk dekat mak dan ayah. Sanggup pegang kertas result tu, tak masuk dalam bag (padahal baru form 2 masa tu, dah macam ambik result SPM)..

Sampai rumah, tunjuk dekat Mak dengan Ayah.. Ayah kata, “Ni je ? Kenapa ada 1C (Math) ni ?”..

Mak pulak tambah lagi rempah ratus, “Kenapa tak dapat no. 1 ?”. Saya mampu senyum je dan terus masuk bilik..

Sampai la zaman Uni. Result SPM saya nak kata cemerlang tu, saya dapat 6A (reaction mak ayah saya still sama dekat perenggan atas). At least saya dapat masuk IPTA.. cikgu BI kan? Saya ambik course TESL. Abang saya result SPM so so je. Tak layak masuk IPTA..

Mak ayah saya sanggup habiskan duit berbelas ribu nak dia masuk IPTS. Amik course Aviation, jadi pramugara.

Saya yang yuran Uni berapa ribu lah sangat pun saya kena bayar jugak dalam 30%. Kalau abang saya, 100% mak ayah saya sponsor. Duit makan semua dapat, saya kena kerja part time cari sendiri duit.

Zaman uni dah berlalu, zaman fresh grad, zaman praktikal. Perkara ni lah yang saya tak boleh lupa. Saya gduh besar dengan family.

Di sini lah bermula semuanya. Dah 24 tahun saya simpan, saya luahkan lah apa yang saya rasa selama ni dekat mereka..

Lepas luahkan.. saya.. saya kena halau dari rumah. Saya dicaci maki, katanya tak reti bersyukur..

2014 saya start jadi cikgu. Berbekal gaji yang tak seberapa, stay di bilik sewa. Pergi kerja pun tumpang rakan kerja. Setiap tahun Hari Raya, sorang sorang dah macam yatim piatu..

2019… 5 tahun kemudian, Kehidupan saya sudah stabil. Saya dah ada rumah dan kereta, boleh pergi kerja sendiri.

Pasal family, dah bertahun putus hubungan taktahu khabar apa. Saya ada lah stalk Facebook mak saya kalau rindu mereka.

Tiba tiba, time dalam bilik guru menanda buku pelajar pelajar. Mak saya call (saya masih pakai nombor sama dari dulu)..

“Hello… Adik ker ni.. Ni Mak dik.. Adik.. Baliklah.. Mak dengan Ayah dah lama tak jumpa adik. Mak rindu adik.. Ayah pun rindu adik sampai demam..”

Saya speechless. Makin kuat saya tahan, air mata lelaki saya jatuh jugak. Saya nangis tak cakap apa terus end call. Saya tak tahu nak react apa masatu. Saya tertanya, “Kenapa baru sekarang?” “Kenapa takde keluar kata maaf?”. “Kenapa lama sangat?”..

Takpela, mereka dah rendahkan eg0 mereka cukupla. Saya nak itu je. Saya pun kenalah rendahkan eg0 saya jugak. Lepas habis mengajar saya terus minta cuti..

Esoknya, saya call balik. “Adik balik harini ye. Adik on the way ni”.

By the way, sy di utara. Kampung saya di selatan. Sepanjang perjalanan tu, saya asyik bertanya diri saya.. “Betul ker apa yang aku buat ni?”

Sesudah sampai, lepas parking je kereta. Mak dengan Ayah dah tunggu depan pintu. Mungkin cermin kereta tinted gelap. Mereka berdua ingat abang saya tapi sebenarnya saya. Tangan saya menggigil. Saya kuatkan jugak diri saya..

Saya bukak saje pintu, muka terkejut saya tengok. “ADIK???”.. Mak saya bisik kat ayah saya tapi saya dengar juga.. “b.. m…. w” (yer.. kereta saya Bmw).

Saya terkelu sebab mereka lagi tengok kereta saya dari saya sendiri tapi saya tak fikir apa dah. Saya langkah sampai ke beranda. Saya beri salam, terus mak dengan ayah pluk saya.

“Ayah minta maaf, ayah pandang adik ni macam orang bdoh yang akan memaluukan keluarga. jadi cikgu ni gaji kecik. Ayah dengan mak hina adik macam macam. Ayah dengan mak kata adik takkan berjaya. Ayah dengan mak minta maaf dik..”

Saya terus rasa, mungkin inilah orang lain rasa bila dengan family diorang. Saya bersyukur sangat. Ayah dengan mak dah tak pilih kasih. Saya dapat rasakan yang ayah dengan mak, sayangkan saya..

Tak lama dalam 30 minit macamtu, ada kereta masuk dalam parking rumah. Keretanya Honda Jazz dan masa tu saya berdiri di depan pintu…

Abang saya la orangnya. Dia bersama isterinya dan seorang anaknya yang baru beberapa bulan. Terus tersentak saya..

“Mereka tak jemput aku ker masa kahwin?”

“Takpela.. benda dah lepas..”

Abang pandang saya dengan muka terkejut..

“Adik? Ke.. Kenapa adik baru balik sekarang??”. Terus berlari ke arah saya dan pluk.

“Abang banyak dosa dengan adik.. Abang minta maaf dik..”

Saya mengelamun.. “Mungkin.. inilah masanya untuk tamatkan semuanya..”

Saya kata dengan abang saya, “Takpela bang.. benda dah lepaskan ? kita mulakan hidup baru yer..”

Mungkin dulu, penuh rasa dndam pada diaorang. Rasa nak balas dndam tu semua ada. Tapi lepas apa yang berlaku hari tu, terus hiilang semua rasa dndam.

Rasa lega semuanya dah berakhir. Betul lah orang kata, Air Yang Dicincang Takkan Putus.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalam semua. Aku anak ke 6 dari 8. Aku bukan anak yang ditunggu tunggu. Aku ni anak yang dilahirkan bukan dirancang dan aku bukan anak kegemaran.

Aku anak tengah yang ada abang dan kakak, adik laki dan perempuan. Boleh panggil aku Kenchana. Aku dari kecil da diajar kalau abang aku buat salah aku kena marah. Dan kalau adik aku buat salah pun aku kena marah.

Dari kecil aku da tau buat semua benda tapi cuma aku saja la. Abang no 5 aku anak kesayangan dari kecil mak aku tatang dia bagai menatang minyak yanh penuh, tak pernah dimarahi dan diusik.

Aku pula tempat mak aku marah marah. Reason mak aku selalu marah aku sebab muka aku sama macam mak sedara aku belah ayah. Mak sedara aku ni pandai bergaya, cantik. Sekarang pun masih lawa. Dulu time aku f5.

Aku memang dah pandai keja part time aku kumpul duit. Zaman aku femes dengan temulak semua.

Aku pernah beli bedak, pewangi time aku f5 dan mak aku nampak di buang reason dia, nanti aku jadi macam mak sedara aku yang dia tak suka tu. dari kecil kalau aku buat salah pecahkan kaca ke apa dan kalau adik aku pecahkan pun.

Mak aku akan tengking aku dan aku kena kemas semua. Aku tak boleh makan kalau semua benda tak siap hidang atas meja even bulan puasa tapi adik beradik lain hanya tunggu dekat meja saja.

Kalau aku duduk sekali nanti mak aku akan naik hantu. Reason dia nanti aku akan jadi pemalas macam mak sedara aku.

Dulu setiap kali aku cakap lembut lembut mak aku akan cakap aku ni hipokrit, bermuka muka.

Kalau aku cakap ja mak aku akan cakap aku pembohong, penipu. Bila aku besar aku jadi sangat defensive sebab aku kena depends diri aku. Tiada siapa akan defend aku.

Tapi bila aku da besar. Mak bapak aku skit aku yang bela. Kakak aku kahwin lambat mak aku tak bagi aku kahwin selagi kakak aku tak kahwin.

Kalau aku beli barang cantik mak aku ambik bagi adik aku. Dan mak aku akan cari aku untuk dia marah atau mengadu

Sebab kan adik aku adalah anak kesayangan juga. Dan dia membesar sebagai orang yang tak tahu buat apa apa.

Aku masih tak berkahwin sebab mak aku cakap semua orang aku kawan semua tak layak untuk aku. Mak aku pernah suruh adik laki aku pkul bf pertama aku.

Raya 2020 aku pernah bertengkar dengan abang aku. Sebab aku tak nak dia baiki kereta aku.

Untuk pengetahuan semua. Abang no 6 aku ni tak tau buat apa2. Kerja dia tunjuk pandai dan semue dia sub kat kawan dia pastu dia mark up harga dan cakap dia buat. Even dengan mak pun dia mark up.

Aku nya kereta rosak. Mak aku suruh aku anta dekat abang no 6 dan aku tak nak. Lepas tu abang no6 tak puas hati mengadu dekat mak aku. Lepas tu mak aku ngamuk

Mak aku cakap aku anak tak kenang budi, biadap, tak sedar diuntung. Aku tak nak abang aku baiki sebab aku tau abang aku tu tak tau buat pun. Dia acah ja. Sebab kan aku tak nak abang aku baiki.

Mak aku cakap kata kata yang tak patut keluar untuk anak dia iaitu aku. Waktu tu aku rasa aku buat apa saja untuk mak aku. Selama ni mak aku buat macam2 aku senyap ja.

Setiap kali balik kampung aku akan masak dan frozen kan semua mak aku leh reheat dan makan tak payah susah masak.

Aku akan sediakan semua makanan stp waktu makan setiap kali aku balik kg. Even semua adik beradik yang lain da kawen. Tapi bangun pun hanya ke dapur bukak tudung saji dan makan.

Tahun lepas aku pernah teringin mak aku masak untuk aku waktu aku balik. Tapi mak aku tak masak pun sampai ke hari ni. Tapi kalau adil beradik yang lain teringin nak makan mak aku berlari terus buat. Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku tak lalu nk tulis. Sesak dada bila teringat.

Last week aku balik. Mak aku dan adik aku cakap aku bipolar sebab aku ada simptom dorang cakap lepas tu dorang duk perli perlu. Aku dah hampir seminggu pikir aku memang gila ka.

Dan bila aku selalu pikir aku rasa mak aku mmg tak suka aku. Apa mak aku wat aku duk terbayang.

Jadi tolong aku macam mana aku nk buang rasa amarah aku kat mak aku. Aku tak nak rasa ni. Aku tak suka tapi aku tak leh buang ingatan tu dekat otak aku.

Tolong weh tolong. Aku tak nak jadi anak yang tak kenang budi.

Aku tak kisah pun apa mak aku buat. Sebab aku memang bukan anak kegemaran. Jadi aku reda saja la.

Yela sapa suruh muka macam mak sedara yang mak aku benci. Tapi kecil dulu aku pernah terpikir nak toreh muka aku supaya aku dapat muka baru. Hahahaha.

Okay guys bagi aku suggestion camna nak bagi hiilang rasa marah dekat mak aku. Aku manusia biasa kan. Tolong ye…

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Alyanie Rosli, Mengalir jap baca confession ni. Btw drah daging tetap drah daging. Perkara lepas jgnla di kenang. Jadikan ini asbab untuk kita jadi Ibu Bapa yg lebih baik utk anak2 kita. Semoga bahagia selamanya bersama keluarga Tuan.

Sy respect keluarga ni. Mak Ayah dia turunkan eg0 mintak maaf dengan anak mereka. Si anak pulak seorang anak yg sgt baik..terus apply cuti balik jumpa mak ayah.

Manusia tiada yg sempurna. Kita semua banyak khilaf. Memaafkan adalah lebih baik. Sy doakan semoga keluarga ini dirahmaati dan berbahagia selalu.

Khatijah Ibrahim, Ibu bapa jgn pilih kasih..masa depan anak Kita pun Tak tahu.ada seorg kenalan, ada 3 anak, yg pertama dn kedua.. straight As.dn dpt bljr diluar negara.yg bongsu tu kurang sikit..spm dpt 4 As, habis kena marah.dgn family, emak ayah n abg n kakak.

Saya marah kwn Saya . sepatutnya simpati dgn anak bongsu tu dikala dia juga sedang sedih dn perlu sokongan bukan dimrahi…tapi skrg terbalik.

yg bongsu lps degree terus dpt kerja, skrg menanggung ibu , n kakak, yg walaupun straight As di U..dn ada Masters masih tak dpt kerja dah 4 tahun ..si abg dah kawin, isteri tak bekerja, susah sikit.

Fie Zam, dik, lain kali nak balik kampung tu bawak axia je.. baru tau kasih syg yg awak nmpk hari pertama jumpa tu sebab btul rindu, syg & maaf.. atau sbb bmw.. kalau boleh, kot2 nanti mcm2 permintaan & belanja yg diminta, jgn lah terlalu beria memberi sampai awak togel habis semata awak baru rasa bahagianya ‘disayangi keluarga’.

Maaf, akak bukan nak memerli, cuma nak kamu berhati2. jgn berdndam, cuma tolong hati2..btw, akak doakan keluarga awak insaf & dikurnia Allah hidayah. & keadaanmu baik2 aja, & dlm lindungan Allah, dik.

kerdil & bersyukurnya aku dikurnia keluarga seadanya. menyayangi, x memilih bulu.. kekecik kuat gduh, dewasa itu mengeratkan. susah senang bersama.

Suzana Mohd, Tersgt lah pelik..kenapa ada mak ayah..jenis pilih kaseh??? Kdg ada mak ayah yg melebihkan anak bongsu…x fhm lah aku… Aku ada anak 6 org…semua aku syg..langsung x de beza beza… Aduhai sedih betul baca kisah ni..

Hola Huda, Kdg sbb taknak anak lagi satu rasa down sbb result teruk. Jadi, anak yg lagi sorang tak boleh nak diberi pujian. Mmg tak patut. Tak pyh puji dpn anak lagi sorang.

Tapi hargailah dan pujilah kejayaan anak secara private. Takpelah. Kita belajar dari kesilapan. Buat lebih baik utk anak2 kita.

Julia Ismail, Pas abis baca terus nk nyanyi lagu aisyah..kemaafan…dndam yang terindah…. alhamdulillah…keluarga udah le kecik..berbaik sudahnye..

Syukur…sekurang²nya dpt nikmat bersama ketika semua masih berny4wa..lepas ni awak bole la cr calon isteri..dah x segan dah bole perkenalkn kt mak ayah di kampung.

Farid Laila, Kjam nak m4ti diorg bertiga..kau kuat sir..kalau aku, susah nak maaf..lagi2 kahwin pun x jemput..eh aku lak x puas hati bg jap alamat diorg, aku nak penampar sedas dua bg pihak kau..geram sgt ni…naik drah tinggi aku.

Laila Din, Kesian…saya dulu pun ada rasa parent pilih kasih pasal ibu suka puji kakak tak puji pun saya.tapi ibu puji kakak bagus selalu bantu kerja rumah,saya tak lekat kat rumah seronok teroka kg,sungai,balik mak belasah dgn kayu….padan muka saya.

Julie Ann, Turun naik jatuh bangun hidup seorg hamba allah, semuanya dlm pgetahuan allah. Seelok2nya kosongkan hati drp dndam, marah, kecewa dll akibat sejarah lampau. Sbb pengakhiran hidup kita mestilah dgn jiwa yg ikhlas, suci dan bersih. Itu yg kita mahu bawa mgadap allah.

Zamali Ismail, Apa ke bangang abang ko. Dah la top student tapi apply ipts. Ambik kursus hebatnya, aviation, tapi jadi pramugara yg ada spm pun boleh apply? Kahkah.

Ko pun pulak cikgu pulun side income mampu beli bmw baru? Ko mengajar ke berniaga hah?.

Suhaimi Omar, Aku tak faham kenapa ada mak ayah sanggup membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak, kenapa tak bagi sama rata jer?

Susah sgt ker, bukan kah anak korang juga yg asalnya dari air Maani + rahim korang juga. Anyway selamat berbahagia wahai confessor walaupun agak lewat.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

SUmber asal dipetik dari: informasiviral

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.