Am4ran hujan lebat, ribut petir d4n angin kencang di 12 negeri, wilayah – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 12 buah negeri dan wilayah bermula jam 3 petang Ahad.
Kawasan yang dijangka menghadapi kejadian itu iaitu di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
Manakala di Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.
Turut dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).
Di Johor pula melibatkan daerah Segamat dan Mersing), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Miri), Sabah (Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat.
Amaran tersebut menjangkakan kejadian itu berakhir pada jam 7 malam Ahad.
Sumber :  ASTRO AWANI

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.