“Big Stage Dituduh Kacau R4ting AJL36”- Siap B4gi Tokti Buat Persembahan Untuk T4rik Penonton

PEMILIHAN tema This Is Siti Nurhaliza di konsert minggu kelima Big Stage 2022 bukanlah bertujuan untuk menggugat rating Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bersiaran langsung di TV3 pada malam Ahad.

Menurut Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 iaitu Mohd Noor Firdaus Mahadi, Astro bersaing secara sihat dan mahu memberi pelbagai pilihan kepada penonton untuk memilih rancangan terbaik.

“Pada pandangan kami kita bersaing secara sihat, kita menawarkan content dan kandungan program terbaik untuk penonton di luar sana, terpulang kepada mereka nak menonton yang mana satu.

“Kalau terlepas tengok konsert minggu ini, tak ada masalah untuk mereka tonton semula menerusi platform digital kami,” katanya kepada mStar.

Noor Firdaus diminta mengulas komen netizen di media sosial mendakwa pemilihan tema mengangkat penyanyi kesayangan ramai itu sebagai strategi menarik penonton.

“Pandai ya Astro tahu minggu ni ada AJL, terus mereka buat tema Siti Nurhaliza. Malam ni terbaiklah semua lagu Siti Nurhaliza.

“Big Stage nak lawan dengan AJL, jadi mereka buat tema Siti Nurhaliza dan TokTi pun perform sekali hari ini.

“Big Stage bagi Siti Nurhaliza buat persembahan istimewa di penutup sebab nak mengimbau kenangan menang AJL dulu. Betul-betul kejar rating AJL36 dengan Big Stage ni,” tulis netizen di laman Twitter.

 

Konsert minggu kelima menyaksikan sembilan peserta diberi tugasan menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza.

Pada konsert istimewa itu Siti Nurhaliza turut menyanyikan dua lagu hitanya iaitu Nirmala dan Hati Kama.

Mengulas mengenai persembahan kesemua peserta, Siti Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap berkata dia berpuas hati dengan kualiti nyanyian mereka.

 

“Mereka dah berikan yang terbaik, saya percaya mereka dah berusaha sehabis mungkin, cuma setakat mana kemampuan mereka. Alhamdulillah saya sangat gembira dengan persembahan mereka,

semua dah tengok komen yang saya berikan.

“Masing-masing memberikan penjiwaan, muzik yang diubah suai mengikut kesesuaian suara adik-adik semua. Saya terhibur dengan persembahan mereka,” komen Siti.

 

Konsert minggu kelima Big Stage 2022 menyaksikan Sofiaa Marieylla tersingkir dan tidak layak meneruskan saingan di pentas berkenaan.

Sofiaa atau lebih dikenali sebagai Mummy Jerung menyanyikan lagu Ku Mahu menerima markah 58.6 peratus daripada juri.

Selain Siti, Big Stage 2022 turut menampilkan Ajai selaku juri tetap dan Aliff Aziz sebagai juri undangan.

Kerusi juri pedas pula diisi oleh pelakon Adlin Aman Ramli dan juri presiden netizen, usahawan Datuk Seri Vida.

Big Stage 2022 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya setiap hari Ahad pukul 9 malam.

Konsert minggu ini dihoskan oleh Sherry AlHadad dan Elly Mazlein.

Menepati ramalan, lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan kumpulan SOG, Raja Nazrin Syah dan Fazleena Hishamuddin selaku penulis lirik membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim dan nyanyian Marsha Milan sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli ciptaannya bersama Datuk A Aida sekali gus menyaksikan perkongsian hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sepi ciptaan sepenuhnya oleh Aina, dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik yang menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence bersama trofi.

Selain itu, Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret dimenangi oleh Aina Abdul dan Khai Bahar yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

AJL36 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pengacara bersama manakala Sissy Iman dan Sean Lee sebagai hos karpet merah.

Mengetengahkan tema Ini Rentak Kita, malam kemuncak AJL35 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Mas Idayu dengan lagu berjudul Bolehlah Boleh,

Datuk Jamal Abdillah dengan lagu berjudul Samrah Mentari ,Ayda Jebat menerusi lagu Pencuri Hati dan kumpulan Cassia.

Dayang Nurfaizah juga membuat kemunculan istimewa di pentas AJL36 kali ini dengan membawakan lagu khas Noir yang menjadi penaja utama acara pada malam tadi.

Segmen interlude menyaksikan persembahan yang bertenaga daripada kumpulan rock legenda, Wings menerusi lagu berjudul Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Harapan, Opera Hidup

Edisi ke-35 telah diadili oleh barisan juri Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.

Untuk info, tahun ini menyaksikan penganjuran AJL dengan dihadiri oleh seramai 200 penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan dan sorakan di dewan.

Penganjuran juga dilakukan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: mstar

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.