Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota mengalami banjir kilat.
Hujan bermula kira-kira pukul 3 petang itu juga menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air dan menyebabkan kesesakan jalan raya.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia,trafik dari Plaza Tol Loke Yew Ke Salak Selatan dilencongkan ke Jalan Istana berikutan banjir kilat di Salak Selatan dan Kuchai Lama.
Beberapa kawasan di Kampung Baru juga dinaiki air dan berlaku banjir kilat.
Malah Jalan Ampang, Jalan Raja Laut serta kawasan berhampiran KLCC dan Masjid Jamek juga dinaiki air.
Beberapa gambar dan video tular tersebar di media sosial memaparkan deretan kenderaan tersekat di jalan dan dinaiki air di kawasan parkir.
[VIDEO] Kereta tenggelam, lelaki panjat bumbung selamatkan diri
Sebuah video tular di media sosial memaparkan puluhan kenderaan tenggelam dalam banjir akibat hujan lebat melanda ibu negara kira-kira lebih dua jam sebentar tadi.
Berdasarkan video berkenaan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan Kuchai Link, dekat sini kira-kira pukul 3.37 petang.
Turut kelihatan puluhan kenderaan juga terkandas kerana tidak dapat melalui jalan berkenaan yang sudah ditenggelami air.
Keadaan tersebut turut menyebabkan seorang lelaki dipercayai pemandu sebuah kenderaan terpaksa menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung kereta selepas keretanya nyaris tenggelam.
View this post on Instagram
Sumber : Malaysia Gazette / K! Online