(Video) Bertahun-tahun ‘Berentap’ Di AJL, Akhirnya ‘Sentuh4n’ Magis Stacy Terbukti Dal4m Lirik Lagu ‘Cinta

Semalam telah berlangsung Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36 yang menampilkan barisan penyanyi, penulis lirik dan komposer yang ‘hebat-hebat’ lagi berpengalaman dalam industri muzik tanah air.

Seperti yang sedia maklum, Pelukan Angkasa yang dibawakan oleh Sekumpulan Orang Gila bersama Shila Amzah telah dinobatkan sebagai juara. Tidak lupa juga kepada naib juara, lagu Cinta yang dibawakan oleh Marsha Milan Londoh.

Menariknya, komposer dan penulis lirik lagu ini ialah pasangan serasi Akim – Stacy dengan nama pena mereka Hang Nadim dan Bunga Cantik. Difahamkan, mereka berentap bertahun-tahun di AJL sejak dulu lagi namun rezeki tidak ‘terpijak’ lagi waktu itu.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter bernama Emi menerusi satu kenyataan yang dimuat naik baru-baru ini.

“Sebak tengok putet atas pentas. Bertahun-tahun dia fight di AJL. Walaupun ada stage dia layak menang. TAPI NDA PERNAH MENANG. And now finally, rezeki dia menang as composer. Tq Akim Ahmad beri peluang kepada Stacy untuk menulis (lirik) lagu dan jadi penulis lirik. Tahniah!,”

Siapa sangka, akhirnya Stacy berjaya juga naik ke pentas AJL kali ini untuk menggenggam trofi. Bukan sebagai penyanyi, tapi sebagai komposer dan juga penulis lirik lagu tersebut.

Difahamkan, lagu Cinta ini turut menjadi runut bunyi asal (OST) dalam sebuah drama yang ditayangkan di salah sebuah saluran media tempatan. Tahniah diucapkan buat mereka berdua dan juga penyanyinya, Marsha.

Anugerah Juara Lagu 36 yang berlangsung semalam menampilkan 11 buah lagu yang disampaikan oleh penyanyi-penyanyi hebat tanah air

 

Menerusi rancangan langsung tersebut, lagu Pelukan Angkasa oleh Sekumpulan Orang Gila merangkul juara, Cinta oleh Marsha Milan Londoh naib juara dan Mimpi oleh Haqiem Rusli sebagai tempat ketiga.

 

 

 

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.