“Keadaannya 50/50 sekarang. Minta ad4kan baca4n Yassin,Ali XPDC Terpaksa Ditidurkan” – Isteri Cerita Keadaan Terkini Ali XPDC Sangat Membimbangkan

Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang dimasukkan ke H.ospital Ampang, Jumaat lalu terpaksa ditidurkan hari ini selepas mengalami kesukaran bernafas.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Isterinya, Sharifah Syarzana dalam satu kiriman suara kepada rakannya memohon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

Sekadar info, beliau mula menceburkan diri dalam bidang muzik sebagai penyanyi pada tahun 1990 dalam kumpulan Terra Rossa. Setelah menghasilkan dua buah album, Ali bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 dengan album solonya.

Apabila Mael menarik diri sebagai penyanyi dari kumpulan XPDC pada tahun 1997, Ali telah diambil untuk menggantikan tempatnya.

Pada penghujung 2005 pula, Ali mengundurkan diri dari Kumpulan XPDC atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Keadaannya 50/50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di h.ospital,” katanya.

Sementara itu, Facebook Sahabat XPDC turut memuat naik status terkini Ali kepada peminat mereka.

“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan h.ospital telah tidurkan sementara buat masa ini.

Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan dipantau,” tulisnya.

Mereka turut memaklumkan Ali tidak dija.ngkiti C.0vid, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan C.0vid.

“Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat. Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” katanya.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke H.ospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

Sumber : HM

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.