J4nggut Lebat Seakan Lel4ki, Wanita ‘Unik’ Akui Sukar Dap4t Jodoh. “belum ada lagi mana-mana lelaki y4ng sudi dan mampu menerima dirinya seadanya set4kat ini”

J4nggut lebat seakan lelaki membuatkan seorang wanita ini sukar untuk mendapatkan jodoh, lapor Mirror. Harnaam Kaur, 31, turut mengaku bahawa belum ada lagi mana-mana lelaki yang sudi dan mampu menerima dirinya seadanya setakat ini.

Menurut Mirror, ‘kelainan’ yang dimiliki wanita ini adalah disebabkan oleh sindrom ovari polikistik atau polycystic ovary syndrome (PCOS). Difahamkan, sindrom tersebut menyebabkan hormon seseorang wanita itu tidak seimbang hingga membuatkan bulu-bulu tumbuh di wajah, selain turut sukar untuk hamil.

Ketika remaja dahulu, Harnaam kerap menerima ejeken daripada kawan-kawannya di sekolah hingga menyebabkannya tertekan dan pernah berniat untuk bu.nuh diri. Justeru bagi menghilangkan bulu-bulu tersebut, ibunya sering membawanya ke salon untuk melakukan waxing, iaitu proses ‘menghilangkan’ bulu yang tidak dikehendaki pada tubuh.

Difahamkan, rutin ini sudah biasa dilakukan sejak Harnaam berusia 11 tahun lagi. Bagaimanapun konsistesi menjalani waxing itu tidak lama. Harnaam akhirnya tidak mahu meneruskannya lagi, sebaliknya membiarkan ia tumbuh ‘segar’ di wajah seperti biasa.

Namun keputusan itu bukanlah sesuatu yang ‘mudah’ apabila dia terpaksa meneruskan kehidupan dengan penampilan sebegitu.

Janggut lebat sehingga terkenal pada 2014

Sehinggalah pada 2014 lalu, penampilan luar biasanya itu mula mendapat perhatian media dan sejak itulah, dirinya menjadi terkenal hingga ke hari ini. ‘Perubahan’ itu membawanya tampil sebagai model di London Fashion Week bagi memperagakan pakaian daripada pereka fesyen terkenal US, Marianna Harutinian.

Tidak cukup dengan itu, Harnaam juga sering tampil dalam beberapa majalah terkenal antarabangsa seperti Vogue Japan, Teen Vogue dan Cosmo India. Untuk rekod, wanita unik ini sudah mempunyai lebih 163,000 pengikut di laman Instagramnya setakat ini.

Dia juga kerap memuat naik pelbagai gambar menarik mengenai penampilan uniknya yang digayakan dengan pemakaian turban serta solekan mata yang cantik. Meskipun tahu dirinya berjanggut seperti lelaki, Harnaam tetap bahagia dan yakin untuk hidup menjadi dirinya sendiri.

Sumber: Indo Zone, Mirror via siakapkeli

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.