Tiada orang suka menunggu perkara yang tak pasti, terutamanya dalam perhubungan yang tempoh perkenalannya memakan waktu bertahun.
Pastinya mereka berharap agar ia berhujung dengan ikatan perkahwinan yang sah.
Tawar hati sebab kekasih tangguh lamaran
Begitulah juga yang diharapkan gadis ini, namun dia akhirnya memutuskan untuk menikahi lelaki lain disebabkan oleh beberapa faktor yang mendesak dia berbuat demikian.
Aasyik jawab susah dapat cuti
Menerusi perkongsiannya, difahamkan kekasihnya seorang anggota tentera darat dan susah untuk memohon cuti.
Setiap kali ditanya waktu yang sesuai untuk datang melamar, alasannya cuma satu itu, tiada kaitan dengan curang atau lain-lain hal.
Pun begitu, lelaki berkenaan ada berjanji untuk tetap datang bulan Mei tahun ini, tetapi tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu menerima lamaran lelaki lain yang datang ke rumahnya.
Hubungan pun tak direstui
Konflik tidak terhenti di situ, dedah pemilik akaun rupanya selama tiga tahun menjalin hubungan, sama sekali tidak mendapat restu daripada ibu pihak lelaki.
Lebih tragis, nombornya juga disekat oleh ibu lelaki itu selama dua tahun setengah atas sebab yang tidak diketahui.
“Macam mana perasaan laki tu”
Walaubagaimanapun, warga netizen sepertinya terus meletakkan kesalahan itu dibahu gadis berkenaan kerena tidak sabar dengan keputusan yang dibuat.
Sumber: redaksi.com