Tanah runtuh Bukit Permai: Penduduk d4kwa buat aduan sej4k Januari

Kebimbangan penduduk akhirnya menjadi kenyataan apabila tanah yang terletak kira-kira 70 meter dari kawasan longkang pecah itu, runtuh seterusnya meragut empat nyawa pada Khamis. – Gambar/ Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Bukit Permai 2 di sini, mendakwa berulang kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung risiko tanah runtuh akibat longkang yang pecah di atas bukit berhampiran perumahan rumah mereka sejak Januari lalu.
Kebimbangan penduduk itu akhirnya menjadi kenyataan apabila tanah yang terletak kira-kira 70 meter dari kawasan longkang pecah itu runtuh sehingga meragut empat nyawa pada Khamis.
Salaah seorang penduduk di situ yang enggan namanya disiarkan mendakwa, aduan dihantar menerusi e-mel rasmi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak 29 Januari lalu selain menerusi WhatsApp dan di Facebook beberapa Ahli Majlis.
Berdasarkan kandungan e-mel tersebut yang dilihat oleh Astro AWANI, penduduk mendakwa air dari atas bukit tidak lagi mengalir mengikut laluan longkang sepatutnya apabila ia pecah akibat pokok tumbang.
Penduduk itu juga mendakwa, longkang sedia ada dipenuhi tanah dan pasir dari atas bukit.
“Dikhuatiri air akan diserap ke dalam tanah dan menyebabkan kejadian tanah runtuh.
“Mohon diambil tindakan segera,” menurut kandungan emel tersebut.
Namun, dakwanya, tiada tindakan dimbil walaupun ahli MPAJ melawat kawasan berkenaan sebanyak tiga kali bermula Januari sehingga Februari lepas.
“Sehingga 7 Februari, team dia datang, menggunakan dron dan mengambil gambar. Kemudian, tidak dapat penjelasan,” menurut penduduk berkenaan ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada Khamis lalu, penduduk terbabit mula dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh sekitar pukul 7.15 pagi mengakibatkan bekalan air terhenti 15 minit kemudian selepas beberapa batang pokok tumbang dan menghempap paip air utama syabas sehingga pecah.
Sejurus kejadian itu, penduduk berkenaan bersama ahli keluarganya tergesa-gesa meninggalkan kediamannya yang tertimbus dalam runtuhan tanah.
Penduduk itu yang merupakan seorang bekas kontraktor bimbang runtuhan susulan akan berlaku akibat isu pengaliran air yang berpunca daripada kerosakan longkang, dan berharap tindakan segera diambil supaya dapat mengelak bencana berulang.
Dalam perkembangan berkaita, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada MPAJ berhubung dakwaan ini.
Insiden tanah runtuh pada Khamis meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan, selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan mengalami kerosakan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam sidang medianya pada Jumaat berkata, pihak kerajaan tempatan tidak pernah menerima sebarang aduan berlakunya tanah runtuh di kawasan terbabit sebelum ini.
Jelasnya, aduan yang pernah diterima membabitkan kawasan lain yang terletak empat kilometer dari lokasi kejadian.
Sumber : Astro Awani

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.