Kucing Kesay4ngan Dato Rosyam Nor Hilang!! Ini Juml4h Habuan Siapa Yang Menjumpai Nya

Kuala Lumpur – Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory memuat naik foto kucingnya yang diberi nama Midnight.

Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara.

Sekadar info, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor merupakan seorang pelakon, pengacara, penerbit, model lelaki Malaysia dan sepupu Faizal Hussein.

Anugerah dan penghargaan beliau termasuk empat Anugerah Skrin dan lima Festival Filem Malaysia. Beliau juga telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pelakon Yang Paling Banyak Menerima Anugerah.

Beri Ganjaran

Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menawarkan ganjaran sebanyak RM 1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya yang hilang sejak 2 Mac lalu.

“Kucing hilang. Ganjaran RM 1,000. Midnight. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.

“Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya.

Menurut pelakon filem KL G.angster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.

Rosyam mengakui dia berasa bi.mbang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.

“Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun.

“Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia seluruh keluarga rasa kehilangannya.

“Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu.

“Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula tolong,” kata Rosyam Nor.

Kredit : Mstar

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.