(Video) Nama Arw4h Siti Sarah Diabadikan P4da Musolla, Dewan Rum4h Anak Y4tim. “Harini bila ia sud4h siap, arw4h sudah pun pergi untuk selam4nya,”- Shuib

Pemergian Allahyarhamah Siti Sarah pada Ogos tahun lalu pastinya merun.tun hati sang suami, iaitu Shuib yang begitu ikhlas mencintainya sepenuh hati. Kini selepas hampir tujuh bulan Allayarhamah Siti Sarah dijemput Ilahi, Shuib Sepahtu telah berkongsikan satu posting terbaharu yang meraih perhatian umum.

Menurut posting tersebut, Shuib memaklumkan bahawa nama isteri tersayangnya ‘diabadikan’ di sebuah musolla dan dewan di rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff di Pelabuhan Klang, Selangor. Difahamkan, segalanya bermula ketika Shuib bersama arwah Siti Sarah hadir ke rumah anak yatim itu pada Julai tahun lalu.

Pada awalnya, arwah Siti Sarah sebelum ini pernah menyumbang untuk musolla dan dewan di situ. Akan tetapi hajatnya untuk melihat ruang solat dan dewan itu siap tidak kesampaian. “Arwah (ketika itu) terlalu seronok jumpa anak-anak dekat sini. Kemudian arwah diberi peluang untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan musolla dan dewan serbaguna yang pada masa itu hanya dalam 70 peratus siap.

“Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tengok musolla dan dewan ini siap selain daripada ingin melihat anak-anak yatim dekat sini menggunakannya. Orang kampung yang duduk berhampiran pun boleh guna. Allah Maha Segalanya. Harini bila ia sudah siap, arwah sudah pun pergi untuk selamanya,” kata Shuib.

Nama arwah diabadikan

Bagaimanapun kata Shuib, rezeki buat arwah akhirnya ‘tercapai’ juga apabila namanya diabadikan secara ‘terhormat’ di bangunan tersebut. “Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana musolla dan dewan ini diletakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu.

“Maka diberilah nama Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim Al-Attas,” tulis Shuib.

Lebih menyayat hati apabila pada penghujung kapsyen perkongsian itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada arwah isterinya kerana mengajarnya tentang sedekah. “Rezeki awak, Alhamdulillah. Terima kasih mengajar saya tentang sedekah, yakin dengan sedekah, suka dengan sedekah.

“Semoga pahala terus mengalir awak. Insya-Allah saya akan selalu ke sini dengan anak-anak. Ini tempat terakhir kita ke sini. Semoga ada pengajaran yang kita boleh ambil,” tulis Shuib menerusi posting itu. Sebelum itu, Shuib turut menyatakan bahawa kedatangannya ke Baitul Sakinah As-Shariff bersama mentua dan anak-anak itu adalah kali yang kedua.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini, dia pernah bertandang ke situ secara berdua sahaja bersama arwah isteri tercintanya pada 25 Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram Shuib via siakapkeli

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.