“Kecoh Dakwaan D4h Berkahwin” Ruhainies Dedahk4n Sesuatu Buat R4mai Teruja.

Kuala Lumpur: “Dalam bulan ini juga, Insya-Allah, saya akan ceritakan semuanya.”

Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika diminta mengulas mengenai desas desus yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Ruhainies, 30, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ketika dihubungi berkata, dia juga menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan dan menjawab persoalan itu.”Apa yang boleh dikatakan, perkara baik dan menggembirakan tentunya saya akan kongsikan dengan semua. Tapi, belum masanya lagi. Insya-Allah, dalam bulan ini juga,” katanya kepada Harian Metro.

Ruhainies sebelum ini ketika ditanya mengenai kriteria calon suaminya berkongsi dia tidak terlalu cerewet, namun cukup sekiranya ia menepati kriteria lelaki idamannya.

“Apa yang penting, dia adalah lelaki yang baik dan menepati kriteria untuk menjadi suami yang baik buat saya,” katanya.

Terbaharu, Ruhainies baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Sayang Tak Dikenang yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

 

Sumber : hmetro.com.my

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.