PENGASUH KAS4RI BAYI, LEMP4NG DAN KETUK GUNA SUDIP, WARGANET GERAM TENGOK RAKAMAN YANG TULAR INI, ADUAN SUDAH DIBUAT NAMUN TIADA TINDAKAN

 

Kena tampar di bahagian muka dengan kuat bertalu-talu, begitulah kejamnya perlakuan seorang wanita terhadap bayi yang sedang berada di hadapannya.

Badan dan tangannya juga dihentak ke lantai, malah ditarik dengan begitu kuat.Lebih memilukan tangisan teresak-esak bayi malang itu langsung tidak dipedulikannya.

Wanita berkenaan dipercayai pengasuh kepada bayi itu dan rakaman perlakuan tidak berperikemanusiaan tersebut kini tular di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di laman Twtt3r, kejadian berlaku ketika wanita berusia lingkungan 50-an itu sedang memakaikan baju bayi.

Lebih menyedihkan, bukan satu video, tapi empat video tersebar memaparkan perlakuan wanita itu tanpa belas kasihan.

Satu lagi video menyaksikan pengasuh berkenaan menampar pipi seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangannya secara paksa.

Dua lagi video dirakam dari meja makan menunjukkan perakam sedang melakukan kerja sekolah, sambil pengasuh itu dipaparkan sedang memberikan makanan kepada seorang kanak-kanak.

Walaupun tidak kelihatan kanak-kanak di dalam rakaman, hanya tangisan yang kedengaran selepas pengasuh berkenaan beberapa kali dilihat mengetuknya menggunakan sudip kayu.

“Diam, diam… sini, sini… sini dekat. Buka mulut,” tengking wanita itu, dipercayai memaksa seorang kanak-kanak mendekatinya.

Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut mendakwa ia dirakamkan oleh anak tiri pengasuh yang berusia 11 tahun.

“Orang yang rakam tu adalah anak tiri pengasuh. Umur 11 tahun, kena dera juga,” katanya menerusi satu ciapan pada Selasa malam.

VIDEO

Bercakap kepada mStar, pengguna Twtt3r yang enggan dikenali memberitahu, kanak-kanak yang didera kini berada dalam penjagaan ibu bapa mereka.

Menurutnya, insiden dikatakan berlaku di sebuah flat di Taman Utama, Gelugor di Pulau Pinang.

“Keadaan mereka (mangsa) trauma, takut nak jumpa orang. Terdapat kesan lebam.

“Tak pasti berapa ramai yang didera. Ibu bapa mangsa ada buat laporan polis,” katanya secara ringkas ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pengguna Twitter itu turut memaklumkan terdapat dakwaan bahawa pengasuh tersebut mengalami masalah mental.

“Sampai ada baby, tulang tangan retak. Kes dera makin berleluasa.

“Semoga nasib baby dan budak-budak yang didera tu semua dibela,” katanya.

Posting yang dimuat naik pengguna Twitter @cocoandbrownie sejak Selasa malam itu diulang kicau lebih 7,000 kali dan membangkitkan kemarahan ramai terhadap tindakan kejam pengasuh itu.

“Bawa bertaubatlah makcik, kalau tak boleh buat kerja baik bersara je makcik. Jangan cederakan anak orang.”

“Weh ini yang dia rakam, yang tak rakam tu aku tak tau la.”

“Kalau tak ikhlas jangan jaga anak orang. Jaga setakat nak duit je tak payah jaga. Jaga kalau asyik nak mendera tak usah jaga. Jaga tapi tiada sifat keibuan lebih baik pulangkan cara baik. Macam mana maknya hantar macam itulah kita pulangkan, bukannya pagi hantar malam anak meninggal, sedih.

“Tolonglah pihak berkuasa tangkap makcik ni, isi je dalam lokap. Tak sanggup dah aku tengok video ni, dia hempuk muka budak tu, pukul dengan sudip kayu, insane! Tak perlu lepas pun tak apa. Aniaya anak orang. Anak tiri pun sama kena. Ya Allah. Mental ke apa ke, letak je dalam pengawasan,” demikian antara komen-komen netizen.

SUMBER:MSTAR

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.