Lamb4t Lagi Neelofa Nak Kongsi Waj4h Bilal, Tunggu Besar Sikit… Bimb4ng Terkena Peny4kit Ain

 

Hampir tiga bulan melahirnya cahaya mata, ramai peminat yang tak sabar melihat wajah putera sulung selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Menyedari kerap menerima pertanyaan yang sama, isteri kepada Pencetus Ummah Harris Ismail atau PU Riz ini memberitahu dia mungkin akan berkongsi keletah anaknya jika bayi itu sudah kuat dan sesuai untuk ditunjuk kepada umum.

Neelofa juga berkata, dia berhati-hati dalam berkongsi tentang anaknya bagi mengelakkan peny4kit ain.

“Untuk yang bertanya fasal Bilal, tak berhenti tanya saya fasal Bilal saja… ramai yang menasihati saya benda yang sama.

“Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu kan. Untuk mengelakkan ain, atau pun nanti bagi dia besar dahulu, kuat dahulu. Bagi masa dan ruang,” kata Neelofa.

Neelofa jawab pertanyaan netizen mengenai wajah Bilal.

Selebriti berusia 33 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di laman Instagram pada malam, Rabu.

Sesi IG Live tersebut juga turut disertai rakan baiknya yang juga pelakon Izara Aishah bagi mempromosikan koleksi tudung raya.

Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasinya.

“Terima kasih kepada yang memahami,” ujarnya secara ringkas.

Neelofa bersama suaminya, Harris Ismail.

Menerusi temu bual mStar bersama ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini berkata dia menghorm@ti keputusan Neelofa yang masih belum bersedia berkongsi gambar Bilal kepada umum.

Malah katanya, keluarga terdekat juga masih belum melihat wajah cucunya itu.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pend@kwah Harris Ismail pada 27 Mac tahun lalu.

Pasangan selebriti terkenal itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Komen netizen:

Sumber: Mstar

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.