(Video) Rapat D4ri Kecil, Abang Men4ngis Hiba ‘Lepaskan’ Adik B4ru Kahwin Ikut Suami

Tidak dinafikan, sebenarnya tanggungjawab seorang lelaki bergelar suami sangat besar. Apabila seseorang lelaki itu sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga maka dia sudah pun bersedia untuk memikul amanah yang diberikan iaitu isteri.

Kalau dulu, si ayah, ibu, abang, kakak dan si adik yang menjaga isteri, selepas akad nikah, tanggungjawab itu berpindah kepada suami. Lumrah kehidupan, pasti ada yang berpindah keluar dari rumah keluarga selepas mendirikan rumah tangga. Kebiasaannya, si wanita akan berpindah ke rumah suami, mengikut dimana tempat ketua keluarganya berkerja.

Pada saat itu, perasaan sedih dan berat untuk meninggalkan keluarga tercinta sangat mendalam. Mana taknya, kalau dari kecil sudah rapat dengan adik-beradik yang lain, tetiba kena berpisah selepas kahwin memang sedih. Sama seperti kisah yang dilalui oleh keluarga ini di mana adik perempuan mereka terpaksa mengikut suami selepas berkahwin mengundang sebak orang ramai. \

Keakraban hubungan mereka sangat menyentuh hati. Menerusi rakaman video dari laman Tiktok Diyana Izzaty memuat naik momen perpisahan adik iparnya memeluk erat abang sulungnya sambil mengesat air mata kerana akan mengikut suaminya selepas berumah tangga.

“Suami aku pun nangis adik dia kena ikut suami dia. Nanti along dengan kak long datang tengok Kak Ngah”. Naik pelamin sama-sama. Hari ini Kak Ngah kena ikut suami balik Negeri Sembilan. Along dah tak ada sapa nak usik dah lepas ni…”

Difahamkan, suaminya abang sulung daripada empat adik-beradik. Hubungan mereka adik-beradik sangat rapat. Adik perempuan mereka ini memang seorang yang cepat tersentuh. Apabila berdepan dengan situasi sebegini, dia berasa berat untuk meninggalkan adik-beradik yang lain.

tonton video

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dan ada yang sebak melihat momen perpisahan antara adik-beradik ini. Ya, kalau bab ibu ayah dan adik beradik ni, memang akan ‘auto’ sebak.

Sumber: Diyana Izzaty via siakapkeli

About admin

Check Also

“Patut dap4t 5 bintang”- Penghantar Mak4nan Dipuji Ramai, Hantar Order S4mpai Dewan Kuliah!

Sekarang ni kalau kat rumah tak ada makanan pun tak ada hal sebab boleh pesan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.