Hanya Minum Air Hujan, Dua Kan4k-Kanak Ditemui Selepas Sebulan Sesat Dalam Hutan Amazon

 

Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di hutan hujan Amazon, Brazil selama empat minggu telah berjaya ditemui semula dalam keadaan masih hidup dengan hanya minum air hujan, lapor Daily Mail.

Memetik akhbar itu, dua kanak-kanak yang juga adik beradik tersebut meninggalkan rumah mereka untuk mencari burung pada 18 Februari lalu.

Selepas mereka gagal pulang ke rumah, pihak berkuasa telah memulakan pencarian secara meluas di hutan negara itu.

Namun, telah menamatkan pencariannya pada 26 Februari lalu.

Berjaya ditemui semula

Bagaimanapun, mereka berdua telah ditemui pada malam Selasa, iaitu hampir empat batu dari rumah mereka oleh seorang pemotong pokok.

Pemotong pokok itu telah terdengar salah seorang dari kanak-kanak itu menjerit apabila mendengar bunyi gergaji rantainya.

Lelaki berkenaan menemui kanak-kanak itu sedang terbaring di permukaan hutan dalam keadaan lapar dan juga badan yang kurus serta kesan melecet pada kulit.

Mereka memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka tidak makan apa-apa semasa hilang dan terselamat dengan hanya minum air hujan.

“Apabila saya melihat anak-anak saya, saya berasa sangat teruja,” kata bapa kanak-kanak tersebut.

Tambahnya lagi, dia juga terkejut dengan jumlah orang ramai yang datang untuk melihat ketibaan anak-anak lelakinya dengan selamat.

Dua beradik itu kemudian dikejarkan ke hospital di Manicoré untuk dirawat kerana kekurangan zat makanan, dehidrasi dan melecet kulit sebelum diterbangkan ke ICU di ibu kota wilayah Manaus.

Pencarian dua kanak-kanak lelaki itu disertai oleh lebih 250 orang.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang telah dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu akhirnya ditemukan selamat setelah disembunyikan di sebuah bilik rahsia yang terletak di bawah tangga.

Menurut Mirror, kanak-kanak berkenaan ‘diculik’ oleh ibu bapanya ketika dia berumur empat tahun, selepas mereka kehilangan hak penjagaan terhadap anak mereka sendiri.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang dari rumah penjaga sahnya di Cayuga Heights, New York, sementara kedua ibu bapanya menyembunyikan kanak-kanak tersebut dari pihak polis.

Semasa kejadian itu berlaku, pasukan penyiasat telah pun mengesyaki ibu bapa kandungnya, yang masing-masing berusia 33 dan 32 tahun.

Sumber: Daily Mail

About admin

Check Also

“Jenis Kawan Mak4n Kaw4n..”- Jep Buka Kis4h Shuib Dekat Live, Tk Sangka Ini Terj4di Dekat Shuib

  Menerusi satu klip yang dikongsikan di laman Tiktok membuatkan ramai geli hati dengan lawak …

Leave a Reply

Your email address will not be published.