Lelaki ‘Kantoi’ Pasang K4mera Tersembunyi D4lam Bilik Mandi

 

Seorang lelaki ‘kantoi’ pasang kamera selepas seorang wanita menemui sebuah kamera tersembunyi di dalam bilik air di asrama yang didudukinya, lapor Tribun News.

Menurut laporan, wanita yang berasal dari Pekan Baru itu mengakui terkejut dengan kemunculan kamera CCTV yang disorok di sebalik paip air yang digunakannya.

Dia turut berkongsi bagaimana dia menemui kamera itu di dalam bilik airnya.

Selepas mengetahui kejadian kurang menyenangkan itu, wanita yang tidak diketahui namanya itu segera bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Hasil siasatan mendapati bahawa dalang yang memasang kamera itu adalah salah seorang lelaki yang tinggal bersebelahan dengan asramanya.

“Jadi saya segera melaporkan kepada ketua polis dan terkejut apabila mengetahui bahawa dalang kejadian ini adalah lelaki yang menumpang di rumah tumpangan di sebelah saya,” katanya.

Selepas itu polis segera menahan pelaku yang sengaja memasang kamera tersembunyi itu.

Kabel kamera tersembunyi dipasang melalui rumah tumpangan lelaki itu

Dalam pemeriksaan, pihak polis mendapati bahawa kabel CCTV telah dipasang melalui rumah tumpangan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu berkata dia tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dan memberi peluang kepada pelaku berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu telah menerima pengajaran apabila ditahan di penjara selama sehari.

“Pelaku meminta untuk berdamai dan saya sebagai mangsa tidak sampai hati kerana dia telah mendapat pengajaran,” katanya.

Tambahan lagi, dia juga tidak sanggup melihat nenek kepada lelaki itu yang terus merayu kepadanya untuk membebaskan cucunya dari penjara.

“Nenek pelaku merayu kepada saya dan saya meminta perjanjian rasmi dilakukan dengan 10,000 setem dan pelaku perlu dipantau pihak polis,” katanya.

Sementara itu, wanita tersebut juga turut memberi amaran kepada wanita lain supaya memeriksa terlebih dahulu setiap sudut di dalam bilik. Khususnya bilik air di tempat awam agar tidak menjadi mangsa kepada individu yang berniat jahat.

“Hati-hati di bilik air asrama ya kawan-kawan,” tambahnya.

Kejadian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ramai di antara mereka yang menasihati supaya tidak memaafkan pelaku.

“Saya tidak akan memaafkannya jika saya menjadi mangsa,” kata salah seorang netizen.

Sumber: Tribun news

 

 

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.