Pengarah Minta Henti Kec4m Erma Fatima, Ustazah Asma T4mpil Bersuara

 

BELUM pun ditayangkan, drama Perempuan Itu sudah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas pelakon utama Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas bersama aktres Siti Hariesa di laman Instagram miliknya.

Ramai asatizah dan netizan tampil mengulas dan menegur adegan tersebut, Terbaru ustazah Asma Harun tampil menegur di facebook rasmi milik beliau

“PARA ULAMA BERMATIAN usaha siang malam untuk bawa masyarakat kembali kepada Allah SWT, bahkan ada yang sampai bergadai nyawa dan bermandikan darah hanya supaya kita merasai nikmat Islam yang indah, lalu mudah sekali kita hancurkan usaha mereka!

“Tolong jangan salah guna kemahiran, harta dan pengaruh yang kita miliki untuk promosikan perkara maksiat yang dicintai syaitan tetapi dibenci Allah, kerana bukan pahala saja yang ada jariah (berterusan), tetapi dosa juga ada jariah.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ

“Maksudnya: “Siapa menjadi pelopor kepada suatu kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran seperti ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, siapa menjadi pelopor kepada suatu keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”
(HR Muslim, hadis sahih)

“BALA DITURUNKAN UNTUK SEMUA, BUKAN PELAKU MAKSIAT SAHAJA

“Daripada Jarir r.a., Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي هُمْ أَعَزُّ وَأَكْثَرُ مِمَّنْ يَعْمَلُهُ لَمْ يُغَيِّرُوهُ إِلَّا عَمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ
Maksudnya: “Tidaklah maksiat bermaharajalela dalam suatu kaum, sedangkan mereka lebih mulia dan lebih banyak jumlahnya daripada yang melakukan maksiat itu, namun mereka tidak mencegah kejahatan itu, maka Allah akan meratakan seksaNya kepada mereka.”
(HR Ahmad, hadis hasan)
Tuan Puan,

“Belum cukupkah ribuan nyawa telah melayang akibat bala yang diturunkan ini? Mereka yang pergi itu merupakan seorang ibu, bapa, anak, suami, isteri, sahabat kepada orang yang menyayangi mereka.

“Peringatan sekeras apa lagi yang kita tagihkan supaya betul² sedar?

“Bukan maksud saya bala itu diturunkan kerana satu maksiat ini, tetapi termasuk juga kemungkaran lain seperti arak, judi, zina, sihir, dll.a

Firman Allah SWT:
فَكُلًّا اَخَذْنَا بِذَنْۢبِهٖۙ فَمِنْهُمْ مَّنْ اَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا ۚوَمِنْهُمْ مَّنْ اَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ ۚوَمِنْهُمْ مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْاَرْضَۚ وَمِنْهُمْ مَّنْ اَغْرَقْنَاۚ وَمَا كَانَ اللّٰهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلٰكِنْ كَانُوْٓا اَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ

“Makwsudnya: “Maka masing-masing (mereka itu) Kami azab kerana dosa-dosanya, di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil, ada yang ditimpa suara keras, ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan ada pula yang Kami tenggelamkan. Allah sama sekali tidak ingin menzalimi mereka, akan tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.”
(Surah al-Ankabut 29: 40)

ALLAH TAK AMPUNKAN ORANG YANG CANANGKAN AIBNYA SENDIRI

Kita memang banyak melakukan dosa dan kesilapan, namun sebaik-baik pendosa ialah mereka yang bertaubat, dan Allah Ya Ghafar tak pernah jemu mengampunkan hambaNya kecuali mereka yang tanpa segan silu viralkan dosa yang dilakukannya kepada umum, golongan inilah yang disebut sebagai MUJAHIR.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Maksudnya: Setiap umatku diampunkan (dosanya) kecuali orang-orang yang menampakkan dosanya dan sesungguhnya diantara yang menampakkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan amalan di waktu malam sementara Allah telah menutupinya, kemudian di waktu pagi dia berkata, “Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu”, padahal pada malam harinya (aibnya) telah ditutupi oleh TuhanNya. Ia pun bermalam dalam keadaan (aibnya) telah ditutupi oleh TuhanNya dan di pagi hari, dia membuka apa yang telah ditutupi oleh Allah.
(HR Bukhari, hadis sahih)

Pesan saya untuk diri yang menulis, pelaku dan pembaca, belum terlambat untuk bertaubat. Allah Ya Tawwab pasti akan menerima dengan kasih dan cinta. Berhenti sebarkan aib sendiri, banyakkan munajat memohon keampunan kepadaNya.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., beliau berkata:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ قَالَ بِهِ هَكَذَا فَطَارَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang mukmin menilai dosa-dosanyanya sepertinya berada di bawah gunung, ia khawatir gunung itu runtuh ke atasnya, sebaliknya orang keji (derhaka) menilai dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya. Dia berkata “ini cuma seperti ini, lalu terbang.”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
IYA, UNTUK TUJUAN TEGURAN TETAPI ITU BUKAN ALASAN

Saya faham dalam industri pemfileman, pihak direktor atau penerbit pasti tekankan mesej yang nak disampaikan kepada penonton sama ada melalui skrip, setiap babak yang dirakam, seni videografi, muzik, dll.

Tidak dinafikan, semasa bertugas sebagai perunding cara keluarga dulu, kes penceraian disebabkan suami atau isteri berlaku curang di belakang pasangan memang berlaku.

Namun tidak perlu pun untuk zahirkan babak lucah seperti itu di kaca TV untuk sampaikan mesej yang umum sudah ketahui keburukannya. Percayalah, penonton akan serap lebih banyak perkara negatif berbanding positif.

Di dalam Islam, kaedah fiqh ada mengatakan bahawa:
الغَايَةُ لَا تُبَرِّرُ الوَسِيلَة

Maksudnya: “Matlamat tidak menghalalkan cara.”

Pasti banyak lagi cara untuk sampaikan mesej yang baik, bahkan banyak filem² yang berjaya mendapat tempat dan sambutan di hati masyarakat walau tiada babak² intim yang mengghairahkan.

Saya mohon, janganlah budayakan adegan “soft pornografi” kepada masyarakat, apatah lagi di platform umum yang menjadi tontonan semua lapisan masyarakat seperti televisyen. Bimbang kononnya mesej baik hendak disampaikan, sebaliknya perbuatan buruk yang generasi muda amalkan.

Maaf andai penulisan ini dilihat keras dan tegas tetapi adegan yang dipromosikan itu memang melampau. Bagi saya, andai ada yang berani sebarkan kemungkaran, selayaknya perlu ada juga yang berani tegakkan kebenaran.
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ

Maksudnya: “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali-Imran 3: 104)

Sungguh, saya kagum dan puji mereka yang berani buat teguran, sama ada sebagai seorang yang berpengaruh atau biasa². Alhamdulillah ini bukti bahawa masyarakat kita amat prihatin tentang perkara yang boleh merosakkan umat dan tidak redha dengan maksiat yang dilakukan.

Kata para ulama:
الرِّضَا باِلمَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ

Maksudnya: “Redha dengan maksiat adalah maksiat.”

Saya doakan semoga kita semua diampuni Allah dan dikurniakan hidayah, agar hidup sentiasa dalam peliharaanNya sehingga dikurniakan Husnul Khatimah, Allahumma ameen.

Sahabat, mari kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan.
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepadaMu.”

(HR Muslim, hadis sahih)

Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

Babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti… Pengarah minta henti kec4m Erma Fatima

Tampil menjawab kontroversi berkenaan, pengarah iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

“Ya! Saya yang mengarahkan babak itu… adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.

“Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin),” katanya ketika dihubungi mStar.

Ain Sharif merupakan pengarah drama Perempuan Itu.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.

Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita

Dalam pada itu, Ain berkata sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej serta jalan cerita drama berkenaan sampai kepada penonton.

“Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak.

Zul padam sedutan babak berkenaan.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.

“Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini,” ujarnya.

Bukan hanya nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter, malah nama penerbit Erma Fatima turut menjadi sebutan netizen kerana disangka merupakan pengarah drama berkenaan.

Netizen kecam aksi panas Zul dalam drama berkenaan.

“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (panggilan untuk Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya… semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” katanya.

Selain Ain, drama 30 episod ini turut diarahkan oleh pengarah terkenal Isma Yusof.

Drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa ini akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di TV3.

50 shades of b0d0

Caprice turut mengkrtik

Kredit;kisahnyata

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.