Pelajar SPM baw4 adik ke sekolah, Guru sanggup taw4r diri jadi pengasuh buat ramai tersentuh

 

Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah, kerana guru diberi amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna di masa hadapan.

Malah guru juga sering diibaratkan seperti lilin yang membakar diri sendiri kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan hanya untuk memastikan anak murid dapat menimba ilmu dengan baik.

Guru jadi pengasuh sambil mengajar

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang guru di sebuah sekolah menengah sanggup menjadi pengasuh untuk menjaga adik kepada pelajarnya.

Video berdurasi selama 8 saat itu telah dikongsikan di TikTok @shukranalmasyur, dia yang juga dikenali sebagai Syukran merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan Geografi.

Lihat Video

Menerusi kapsyen, Syukran memaklumkan bahawa pelajar perempuan itu telah meminta izin untuk membawa adik ke sekolah kerana tiada siapa di rumah untuk menjaganya.

“Dalam kelas kakak tak dapat nak fokus. Akhirnya cikgu ambil mengasuh sambil mengajar.

“Senyap dan baik sahaja bayi ini,” tulis Syukran dalam kapsyen.

Jadi guru perlu ada sikap toleransi

Menerusi ruang komen Syukran memberitahu tujuannya berkongsi video itu adalah untuk menunjukkan pengorbanan seorang kakak dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia turut menyifatkan untuk  menjadi seorang guru perlu mempunyai sikap toleransi kerana pelajar juga berhadapan dengan pelbagai dugaan sehingga ada yang tidak terjangkau dek akal.

Walau bagaimanapun, Syukran turut meminta orang ramai untuk medoakan pelajarnya itu agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam SPM.

Rata-rata Netizen juga turut mendoakan guru ini dan mengucap tahniah atas tindakan yang terpuji itu.

‘Terbaik cikgu’

Meninjau ke ruang komen rata-rata netizen memuji tindakan guru itu yang sanggup berkorban demi pelajarnya.

Ada juga yang turut memuji tindakan pelajar perempuan itu kerana telah menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab.

Segelintir dari mereka turut berkongsi pengalaman mereka berdepan keadaan yang sama.

Sedihnya, Tahniah cikgu sebab jadi cikgu ‘outstanding’

Sumber : Buzzkini

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.