“Kenapa Ustaz J4tuh Cinta Dengan Bud4k 10+ Tahun?” – Ustaz Kahwini Bekas Pelajar Dikritik Netizen

 

Kecoh di lama media sosial apabila seorang guru dah juga seorang ustaz didakwa menikahi bekas anak muridnya yang telah dikenali selama sekitar lima tahun.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh seorang wanita menerusi akaun TikTok miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, guru berkenaan dipercayai mahu memperisterikan dia yang ketika itu masih belajar di tingkatan dua.

Namun, wanita berkenaan meminta agar gurunya untuk tunggu dia mencapai usia 17 tahun sementara mahu guru tersebut berjumpa dengan orang tuanya.

Perkongsian berkenaan menimbul reaksi kurang senang khususnya dalam kalangan netizen. Hal ini kerana, guru berkenaan dipercaya menaruh hati terhadap kanak-kanak bawah umur dan ia boleh dikategorikan sebagai child grooming.

“Kesian budak itu. Lelaki tersebut bukan ustaz. Kamu sepatutnya jadikan sekolah sebagai tempat selamat, bukan cari calon isteri dalam kalangan murid-murid. Tidak normal untuk ada perasaan terhadap seseorang bawah umur,” tulis seorang netizen.

“Susah nak educate orang pasal child grooming. Yang si perempuan pulak masih sekolah sibuk fikir bestnya ada suami bila bangun tidur. Kau ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke? Yang lelaki kau takda yang sebaya ke nak menggatal? Budak-budak jugak kau nak,” komen seorang lagi netizen.

“Ia bukan perihal jodoh tetapi nafsu. Kenapa ustaz jatuh cinta dengan budak 10+ tahun? Ada benda tak kena. Yes memang kahwin awal bagus tapi bukan kahwin masa budak-budak.

Saman dulu bolehlah sebab zaman dulu susah,” komen seorang wargamaya.

Seorang pengguna Twitter pula turut berkongsi maksud child grooming yang perlu difahami dalam kalangan masyarakat.

“Grooming merupakan bila seseorang bina hubungan, kepercayaan dan hubungan emosi dengan kanak-kanak atau individu muda supaya mereka boleh dimanipulasi, eksploitasi dan didera.

“Tetapi, tidak tahulah kes ini merupakan child grooming atau tidak sebab ustaz tu tak tahulah dia abused perempuan tu atau tidak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan media, kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengharamkan perkahwinan bawah umur, namun komited mengekang isu berkenaan.

Sumber : gempak

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.