Tular Tunjuk Jari Teng4h & Dianggap N4kal, Rupanya Ini Perangai Sebenar ‘Im Kamaluddin’

 

Tular akhir-akhir ini satu video memaparkan seorang budak lelaki yang membonceng motosikal ditunggangi ibunya sambil tunjuk jari tengah ketika berhenti di lampu isyarat.

Video tersebut meraih perhatian warganet hingga tersebar luas di media sosial. Selain aksi tunjuk jari tengah penuh selamba, reaksi wajahnya yang serius juga turut menjadi tumpuan.

Mungkin kebanyakan warganet menyangka budak lelaki itu berasal dari Indonesia. Namun sangkaan itu ternyata silap kerana dia sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak warga Thailand.

Menerokai Suara.com, nama ‘terkenal’ budak lelaki itu adalah Im Kamaludin. Video-videonya yang tular di TikTok telah ditonton berjuta-juta kali sehingga aktor Korea, Siwon turut stitch video tersebut.

 

“Bukan itu sahaja, pencipta kandungan (content creator) Khaby Lame juga turut melakukan perkara yang sama hingga mengundang rasa ingin tahu di sebalik figura budak tersebut.

“Wajahnya yang mirip warga tempatan membuatkan netizen menyangka bahawa budak botak itu berasal dari Indonesia yang pada akhirnya diketahui bahawa dia sebenarnya berasal dari Thailand.

“Perkara ini diketahui melalui nombor pendaftaran kenderaan melalui motosikal mereka ketika mengisi semula minyak petrol,” lapor Suara.com.

Profil & kehidupan sebenar Im Kamaludin

Sementara itu, seorang pencipta kandungan dari Thailand yang juga mempunyai saluran Youtube Fizart Vlog telah mendedahkan kehidupan Im Kamaludin.

Memetik Suara.com, sejurus selepas itu, budak lelaki yang digelar ‘pelarian antarabangsa’ itu tampil di Facebook rasminya.

“Hello semua, saya Kamaludin. Ini akaun rasmi saya dan terima kasih telah mengikuti saya,” tulisnya pada 14 Mac lalu, lapor Suara.com.

Merujuk Suara.com, Kamaludin dikatakan menetap di Kota Baru, Yala di Thailand bersama keluarganya.

Dianggap nakal, dia bukanlah seperti yang disangka

Jika dilihat di mana-mana media sosial, wajah yang seakan marah dan serius itu telah membuatkan dia tular di media sosial.

Bagaimanapun, jika merujuk laman Facebooknya, Kamaludin yang terkenal dengan riak wajah serius dan garang tidaklah sebegitu hakikatnya.

Tidak kurang juga, dia turut dianggap sebagai budak nakal ekoran aksi tunjuk jari tengah di atas motor seperti yang tular di media sosial.

Bagaimanapun difahamkan, Kamaludin sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak yang baik.

“Kamaludin juga merupakan seorang budak yang periang dan suka bermain bersama kawan-kawan yang lain.

“Malah beberapa muat naik di Facebook menunjukkan dia berpakaian Muslim dan berkopiah.

“Jika di Indonesia, pakaian tersebut adalah pakaian mereka yang akan pergi belajar mengaji atau ke masjid,” tulis Suara.com.

Bukan itu sahaja, bahkan Kamaludin juga dikhabarkan cukup gemar dan rajin melakukan tugasan yang diberikan gurunya di sekolah.

Keperibadian Kamaludin ini membuatkan namanya sering disebut-sebut di media sosial.

Malah dia juga turut dijemput sendiri oleh Firzart Vlog untuk melakukan rakaman video-video lucu bersama-sama di Youtube.

Sebelum ini, tular juga budak lelaki ‘garang tapi baik’ ini yang duduk bersama seorang lelaki muda di atas batu dipercayai di hutan.

Video yang dimuat naik di TikTok Feedvlog itu menunjukkan Kamaludin diam dan ‘tenang’ di atas pangkuan lelaki tersebut sambil dibacakan surah Al-Fatihah.

BACA JUGA: Adik Viral Tunjuk Jari Tengah ‘Dibacakan’ Surah Al-Fatihah

Sumber: Suara.com

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.