Beliau yatim piatu yang menghuni rumah an4k yatim selama 13 tahun, kini genggam PhD

 

SERDANG: KEHILANGAN bapa ketika berusia lima tahun bukan halangan untuk berjaya dan berputus asa.

Lebih memeritkan, dugaan berganda menimpa apabila ibu tercinta pula pulang dijemput Ilahi selepas 11 tahun pemergian bapa.

Abdul Hadi (tengah) bersama pelajar anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Damai, Kuang – Foto Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM

Kisah beronak liku itu ditempuhi oleh Dr. Abdul Hadi Samsi bersama tiga lagi adik beradiknya.

Namun, anak yatim piatu yang menghuni di asrama anak yatim selama 13 tahun itu membuktikan bahawa dia juga mampu mengenggam ijazah tahap tertinggi, Doktor Falsafah (PhD).

Segala titik peluh dan kesungguhan Abdul Hadi itu selepas dia dikurniakan ijazah PhD dalam bidang sains politik dan kerajaan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45, pada Selasa.

“Saya hadiahkan kejayaan ini buat keluarga dan semua guru-guru yang menjaga saya di Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selama 13 tahun dan mendidik saya seperti anak mereka sehingga ke peringkat universiti,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan yang dihantar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.

Mengimbau kisah hidup, beberapa tahun selepas pemergian bapanya, Abdul Hadi dan tiga lagi adik beradiknya terpaksa ke asrama anak yatim dan berpisah dengan ibu yang hidup dalam kesusahan kerana bekerja kampung.

Ketika Abdul Hadi berusia 16 tahun, ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat kanser perut

Abdul Hadi bersama Ustaz Suhaimi Dzajuli, yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yatim

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa baik Ustaz Suhaimi Dzajuli, yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yatim kerana tidak jemu membantu sehingga berjaya dalam pelajaran.

“Buat adik-adik yang menghuni di mana juga rumah anak yatim, janganlah merasa kekurangan tiada insan tersayang di sisi sebagai sebab untuk tidak boleh cemerlang dalam pelajaran.

“Masih ada rakan-rakan senasib di asrama dan guru-guru yang menyayangi kita seperti saudara kandung sendiri. Mari kita balas kepercayaan ini,” ujar Abdul Hadi, yang ketika ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.

Dalam masa yang sama, Abdul Hadi merancang untuk menjadi pensyarah di UPM tidak lama lagi.

Sumber : astroawani.com

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.