Ayah T4k Cukup Duit Nak Bayar Mak4n Berdua, Anak Pun Enggan Mak4n & Sanggup Lapar Bersama-sama

Tidak dinafikan kerana kasih, seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Ada yang sanggup ‘mengikat perut’ menahan lapar asalkan buah hati kekenyangan dan perut si anak tidak berbunyi.

Perkara itu hampir terjadi kepada seoorang ayah dari Thailand ini sehingga mendapat perhatian daripada pemilik restoran berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu membawa anak perempuannya ke restoran shabu-shabu untuk menyambut hari kelahiran anaknya. Bagaimanapun, dia tidak mampu untuk membayar harga makanan untuk mereka berdua. Jadinya, dia meminta anaknya untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan manakala dia tunggu di luar premis itu sahaja.

Walau bagaimanapun, anak kecil itu menolak permintaan ayahnya dan mengatakan dia juga tidak akan makan kecuali mereka makan bersama. Makanya, mereka terus berjalan keluar dari restoran berkenaan.

“Hadiah hari jadi”

Kisah mereka bukan terhenti di situ sahaja, perbualan anak dan ayah ini didengari oleh salah seorang kakitangan di premis makanan tersebut dan terus memberituhu pemiliknya. Rezeki di mana-mana. Pemilik restoran ini bersetuju untuk membeli kek sempena hari jadi kanak-kanak tersebut sekaligus menaja dua beranak ini untuk makan di restorannya.

 

Satu cacatan di laman Facebook menceritakan kejadian ini mencetus sebak orang ramai termasuklah pemilik restoran yang menangis ketika membawa kek kepada kanak-kanak tersebut. Adegan anak dan ayah itu berpelukan seperti sedang gembira kerana dapat menyambut hari lahir puterinya walaupun dalam serba kekurangan sempat dirakan menerusi kamera CCTV premis itu.

 

Sumber: Mothership

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.