Isu Pensyar4h Perlekeh Pelajar, Dr Amalina Kongsi Kis4h Zaman Student Luar Negara. Walau Difitn4h Tapi Memilih Berdiam Diri

 

MEDIA sosial serta portal berita sepanjang hari ini ‘panas’ dengan kisah seorang pelajar yang diherdik pensyarah gara-gara tidak mampu memiliki komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

Pelbagai pandangan mahupun kritikan yang disuarakan warganet susulan tularnya video pensyarah wanita berkenaan yang dirakam ketika sesi pembelajaran dalam talian (online).

Di tengah-tengah kerancakan kontroversi tersebut, doktor jelita yang kini berkhidmat sebagai seorang pakar bedah berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri berkongsi kisah kehidupannya yang tidak lekang dengan cabaran ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Sejak hampir 18 tahun saya berkelana di luar negara, pelbagai cabaran saya tempuhi untuk menggapai impian menjadi doktor terbaik dalam bidang yang saya ceburi.

“Sejak saya tinggal di luar negara, pelbagai fitnah yang sama sekali tidak benar dilontarkan oleh sesetengah pihak kepada saya. Namun saya lebih senang berdiam diri kerana saya tidak mahu panjangkan isu.

“Saya ada ibu dan keluarga yang sangat saya sayangi dan perlu saya lindungi. Tohmahan yang ditujukan kepada saya juga terkesan pada mereka.

Dr Amalina banyak membuat perkongsian perihal isu kesihatan, perubatan sambil memberi inspirasi khususnya kepada anak-anak muda menerusi media sosial.

“Bagi saya, berkemungkinan besar pihak ini tidak mempunyai maklumat yang sebenar. Ada juga yang mungkin mempunyai agenda tertentu. Menyalin apa yang ada di dalam internet memang senang, tetapi tidak semestinya betul dan sudah menjadi fitnah,” ujar doktor berusia 35 tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram, tiga jam lalu.

Tambah Dr Amalina, bagaimanapun, kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dianggap sebagai sebahagian daripada dugaan dan perkara tersebut tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk menggapai cita-cita.

“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai kasih sayang ibu, suami, keluarga, rakan-rakan dan anda di sini yang banyak memberi dorongan.

Coretan yang dikongsikan Dr Amalina di Instagram.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat belajar daripada pakar-pakar terbaik dunia dan saya akan gunakan kemahiran yang saya pelajari untuk manfaat semua tidak kira di mana saya berada.

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. I always stay true to myself.

“Saya hanyalah manusia biasa yg mempunyai banyak kekurangan dan masih banyak impian yang saya mahu capai. Namun, saya berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjalankan fardu kifayah.

Sejak saya tinggal di luar negara, pelbagai fitnah yang sama sekali tidak benar dilontarkan oleh sesetengah pihak kepada saya. Namun saya lebih senang berdiam diri. DR AMALINA CHE BAKRI

“Saya bukanlah genius, namun saya ingin menggunakan apa yang dikurniakan untuk manfaat orang ramai,” tulisnya lagi.

Dr Amalina kini sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang inovasi pembedahan kanser payudara tajaan Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan (NIHR) United Kingdom (UK).

Doktor ini juga gemar berkongsi perihal isu kesihatan, perubatan sambil memberi inspirasi khususnya kepada anak-anak muda untuk terus berusaha mencapai impian mereka.

“Semoga dengan pengalaman yang saya belajar di sini dapat membantu mereka yg berada di UK, Malaysia dan seluruh dunia. InsyaAllah,” tulisnya.

Untuk rekod, Dr Amalina pernah mencatat rekod apabila memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Dr Amalina turut terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembedahan Ainul Mardhiah pada 2019.

Tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di UK, Dr Amalina menjadi sebutan rakyat negara ini selepas memulakan ikhtiar untuk membawa Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ untuk dibedah di UK.

Anak jati Johor ini juga memiliki 814,000 pengikut di Instagram @dramalinabakri; 781,000 pengikut di Twitter @dramalinabakri dan 19,600 subscriber di saluran YouTube.

Sumber: mstar

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.