“Diik4t, Dicili & Dijirus Air P4nas” – Saksi Pendkwa4n Siti Bainun Buka Cerita Sebenar.

 

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan pertama dalam kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa remaja perempuan yang dikenali sebagai Bella ada memberitahu bahawa dia di ‘cili’, dijirus air panas dan diikat.

Zurianty Sudin ,39, yang juga rakan kepada Siti Bainun berkata, perkara itu dimaklumkan ketika dia dan Bella di dalam ambulans semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jun 2021.

“Semasa dalam ambulans ke HKL, saya ada bertanya kepada Bella apa yang jadi, Bella yang mengatakan dia di ‘cili’ dijirus air panas dan kena ikat,” ujar saksi itu yang dipanggil ‘mommy’ oleh Bella selain Bella turut memaklumkan perbuatan itu dilakukan beberapa individu.

Kata saksi itu, setibanya di HKL, dia melihat keadaan Bella seperti tidak larat berjalan selain Bella turut mengatakan kakinya sakit.

Tambah saksi itu lagi, sepanjang Bella berada di hospital, Siti Bainun tidak pernah bertanyakan mengenai keadaan Bella sebaliknya hanya bertanyakan mengapa mengambil anak-anak angkatnya dan di hantar ke pusat kuarantin di Maeps, Serdang pada masa itu.

Terdahulu, saksi itu memberitahu dia dan Bella ke HKL pada 24 Jun 2021 selepas mendapati remaja berkenaan mengalami kecederaan seperti melecur di bahagian tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain sebelum satu laporan polis dibuat pada hari sama.

Pada prosiding sama, semasa ditanya mengenai hubungan Siti Bainun dan Bella, saksi itu mengatakan, pada mulanya hubungan mereka sangat baik apabila Siti Bainun dilihat sangat menyayangi Bella.

“Siti Bainun pandai ambil hati Bella apabila suka membeli barangan solekan dan baju baru…namun pada Ogos (2020), saya mula lihat mereka tidak berapa mesra selepas Siti Bainun enggan membawa Bella berjalan ke Kuala Selangor untuk ke rumah abang ipar Siti Bainun,” kata saksi itu yang mengenali Siti Bainun sejak tahun 2015.

Tambah saksi itu, berikutan keengganan Siti Bainun membawa Bella, dia ada bertanya kepada Siti Bainun mengapa bertindak sedemikian, dan Siti Bainun memberitahu dia enggan membawanya kerana Bella suka ‘buat perangai dan degil’.

Ekoran keengganan Siti Bainun untuk membawa Bella menaiki kereta, saksi itu kemudian mempelawa Bella menaiki keretanya sehingga mereka ke Kuala Selangor. Kata saksi itu, selain Bella dan Siti Bainun, turut ke tempat itu ialah tujuh lagi anaknya.

Sementara itu, menyentuh mengenai deskripsi (gambaran terperinci) berkaitan Bella, saksi itu berkata meskipun Bella seorang Sindrom Down, dia seorang remaja perempuan yang sangat rajin, dan berdikari serta boleh menguruskan diri sendiri seperti solat dan sangat pembersih.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi.-KOSMO! ONLINE

SUMBER : KosmoBeautifulnara

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.