“Saya Berj4nji Akan Berusaha Untuk Pastikan Keraja4n Benarkan Penggunaan G4nja”- Syed Saddiq

 

SELEPAS namanya dipetik penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang kini berdepan pertuduhan kes dadah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya tampil bersuara.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Syed Saddiq menjelaskan bahawa untuk meluluskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan bukan satu tugasan yang mudah.

“Saya menerima satu laporan dan klip video tentang seorang penggiat seni yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ganja dan dadah.

“Saya tidak akan mengulas berkenaan kes ini dan akan serahkan kepada pihak mahkamah dan peguam. Saya tidak mahu mengganggu perjalanan kes,” tegasnya.

Syed Saddiq bagaimanapun mengulangi pendiriannya dalam isu penggunaan ganja atau kanabis.

Bagaimanapun beliau berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan isu tersebut memberi perkembangan yang positif.

“Ini bukan satu tugas yang mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik nanti,” jelasnya.

Tambahnya, ketika menjadi menteri, beliau konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis).

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah bekas menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga ada mengeluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan kementerian membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia.

“Ia juga disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekarang.

“Keputusan dan gesaan ini dibuat kerana kita ikut fakta, data dan sains. Bukan buat sebab ‘trend’ atau cakap-cakap orang.

“Ia boleh dijadikan sumber rawatan alternatif untuk banyak pesakit.

“Saya juga pernah berbahas dalam Dewan Rakyat tentang potensi perubatan kanabis jika ia dibenarkan di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan dengan nilai pasaran industri mencecah RM60 bilion.

Yasin Sulaiman kirim salam kepada Syed Saddiq, bakal didakwa tanam ganja dalam rumah

KIRIM salam kepada Syed Saddiq. Demikian pesanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman kepada wartawan ketika tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi Khamis.

Yasin adalah individu yang ditahan kerana mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Penyanyi dan komposer itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada pihak media.

 

Sebelum ini mStar melaporkan kejayaan polis membongkar kegiatan komposer berkenaan menanam pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara.

Dalam serbuan pada 24 Mac lalu, polis menemui 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Rampasan itu dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM10,200.

Suspek berusia 47 tahun itu didapati positif tetrahydrocannabinol dan mempunyai sejarah penglibatan dadah sekurang-kurangnya 10 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Sumber: Mstar

About admin

Check Also

Selepas Tular Gambar Rumah Dek4t Pangsapuri Berub4h Jadi Teres, Ini Jawapann Dari MBPJ

  Kuala Lumpur – “Rumah flat, selera teres.” Itu antara reaksi netizen selepas melihat gambar yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.