Ratus4n Muslim AS Lakar Sejar4h, Laungan Takbir Tarawih Bergem4 Di Times Square

 

Ratusan warga Muslim di Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah apabila laungan takbir solat tarawih berjemaah bergema di perkarangan Times Square, New York ketika malam Ramadan pertama baru-baru ini.

Penganjur solat tarawih di Times Square tersebut berkata, aktiviti itu dijalankan di tengah-tengah jalan bandar raya adalah kerana sebab-sebab tertentu yang bermotifkan dakwah.

Jelasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh semua orang adalah nilai-nilai perpaduan dan dakwah tanpa kekerasan.

“Terdapat segelintir orang yang ‘tidak waras’ dalam semua budaya dan agama, (namun) kumpulan kecil (minoriti) itu tidak mewakili majoriti. Terdapat banyak salah faham tentang Islam.

“Al-Quran adalah wahyu Allah SWT. Ia adalah wahyu terakhir yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan utusan dalam beberapa rasul sebelumnya, sama seperti Isa, Musa.

“Kita semua saling berhubung. Orang ramai perlu berhenti untuk memecah belahkan agama Islam dan Kristian serta Yahudi dan semua. Ia perlu dihentikan,” katanya, memetik CBS News.

Difahamkan, kira-kira lebih 115 hidangan berbuka puasa turut diedarkan secara terbuka di sekitar jalan 44th dan Broadway pada hari yang sama.

Jelas SQ, edaran juadah berbuka puasa itu adalah selari dengan sifat simpati dan empati yang perlu dimiliki Muslim terhadap insan lain yang tidak berkemampuan.

“Bagi umat Islam, ia bukan sekadar berpuasa. Jadi kami faham bagaimana perasaan mereka yang tidak dapat makan.

“Kami melakukan hal ini supaya kita semua lebih dekat dengan Pencipta kita, Allah Taala,” katanya lagi.

Sumber: CBS New York

About admin

Check Also

Gel3k di majlis akik4h, netizen sel4r tari4n Ifa Raziah & K4k KM

  Baru-baru ini tul4r beberapa video mengenai sebuah majlis akikah pasangan keluarga yang dipercayai ‘sc4mmer’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published.