[VIDEO] Ingat Kedai Mak4n, Sekumpulan Pemuda Selamb4 Minta Menu, Rupanya Kenduri Kahwin..

 

Sekumpulan pelancong Singapura di Thailand mendapati rancangan jadual perjalanan mereka terganggu selepas mereka kebetulan melihat sebuah kedai makan di tepi jalan. Mereka turun dari motosikal dengan harapan dapat mengisi perut yang lapar, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila mengetahui sebenarnya “kedai makan” itu ternyata adalah sebuah kenduri kahwin.

Makanan yang sedap

 

Memetik laporan AsiaOne, salah seorang pelancong tersebut iaitu Dilan Lau menceritakan mereka sebenarnya sedang dalam perjalanan menaiki motosikal untuk melancong di sekitar Chiang Mai. Ketika dalam perjalanan, mereka melihat sebuah bangunan kecil dengan meja dan kerusi yang tersusun di luar.

Bukan itu sahaja, suasana yang meriah membuatkan mereka percaya bahawa ia adalah sebuah restoran. Mereka dihidangkan mee, aiskrim, minuman dan juga ditawarkan alkohol.

Kami terkejut tetapi dalam cara yang positif dan makanannya sedap.

Penduduk tempatan sangat mengalu-alukan kedatangan mereka dan menjemput kumpulan itu duduk untuk menjamu selera. Kumpulan pemuda dari Singapura itu kemudian meminta menu makanan tetapi mendapati tiada menu yang tersedia. Pada masa inilah mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya bukan berada di sebuah restoran tetapi secara tidak sengaja telah hadir tanpa dijemput ke sebuah majlis perkahwinan.

Tak sedar tiada menu

Tidak lama kemudian selepas mereka menyiarkan salah satu video mereka dalam talian, rakan Lau memberitahunya bahawa ia sebenarnya adalah majlis perkahwinan.

Perbezaan bahasa turut menjadi penghalang menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan jadi kami menggunakan isyarat tangan untuk mengatakan bahawa kami sedang mencari restoran.

Selepas mengetahui bahawa mereka tidak berada di sebuah restoran, kumpulan ini mahu beredar tetapi orang Thai yang terkenal dengan layanan mesra, tetap menjemput mereka untuk terus duduk dan menjamu selera.

Sebagai tindakan muhibah, kumpulan warga Singapura itu menawarkan untuk membayar makanan yang dijamah mereka tetapi tuan rumah enggan menerimanya. Kumpulan ini juga turut diberi satu beg keropok sebagai kudapan sepanjang perjalanan.

Video

 

@_mmeah ขอยาดขำ #fypシ #คนไทยเป็นคนตลก #ผู้ชายสิงคโปร์ #แฟนสิงคโปร์🇸🇬🇹🇭 #คนไทยในสิงคโปร์🇹🇭🇸🇬 ♬ original sound – ครูมีอา ได้ภาษาพาชีวิตก้าวหน้า

Sumber: AsiaOne TikTok @_mmeah

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.