Runner Baca Quran S4mbil Tunggu Order, Ab4ng Ni Nak Belanja Buka Puasa Sebulan

 

Di bulan yang mulia ini, semua umat Islam pasti berlumba-lumba untuk merebut ganjaran pahala dengan melakukan banyak amal ibadat serta kebaikan tidak mengira tempat dan masa.

Menerusi perkongsian dari Facebook milik Ismail Sabran Ancok, terdapat seorang penghantar makanan (runner) yang sedang duduk berseorangan di tepi laut, tidak jauh dari lokasinya.

Pada pandangan Ismail, pada awalnya dia menyangka bahawa runner tersebut mungkin sedang leka bermain game di telefon sambil menunggu pesanan (order) masuk ke aplikasi.

Bagaimanapun sangkaannya berubah apabila menyedari bahawa pemuda runner itu sebenarnya sedang memegang kitab suci Al-Quran sambil membacanya.

“Lalu tadi di lebuh raya, ingat dia tengah main game, rupanya dia tengah duduk sambil membaca Al-Quran.

“Mungkin tengah duduk sambil tunggu order, saudara ni mengisi masa lapangnya dengan menambah pahala di bulan Ramadan. Syabas anak muda,” tulisnya di Facebook.

Situasi pemuda tersebut yang rajin membawa mushaf Al-Quran ketika bekerja dan membacanya pada waktu terluang ketika berpuasa sebegitu sangat menyentuh hatinya.

Lantaran itu Ismail berbesar hati untuk menaja makanan berbuka puasa secara percuma kepada pemuda berhati mulia itu.

“Siapa yang kenal ‘brother‘ ni, bagitahu dia, saya nak belanja dia berbuka puasa secara percuma di gerai abg ancok selama sebulan berpuasa kalau dia ada masa lapang untuk berbuka digerai,” tambahnya.

Perkongsian Ismail itu tular di media sosial, selain turut dikongsi lebih 1,000 perkongsian setakat ini. Malah rata-rata warganet juga berasa sangat tersentuh hati melihat pemuda itu.

Sumber: Ismail Sabran Ancok 

About admin

Check Also

Hilang Sabar Selep4s Kena Lvdah, PA Meng4ku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara

  KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published.