Tak Kira Y4ng Fresh, Beku Atau Kering, Wanita Ini Ing4tkan Basuh Dulu Kurma Sebelum Makan

 

Buah kurma cukup terkenal pada bulan Ramadan. Mana taknya, ramai yang akan membelinya untuk dijadikan ‘pemanis mulut’ ketika berbuka puasa atau bersahur.

Tidak dinafikan ramai di antara kita yang terus makan buah kurma tanpa membasuhnya. Memandangkan kurma yang dbelinya dipek dengan elok di dalam kotak, mungkin ramai yang menganggap ia bersih, suci dan boleh terus dimakan, kan?

Perlu ke basuh kurma sebelum makan?

Namun, hakikatnya ramai yang tidak tahu sebenarnya kurma perlu dibersihkan dahulu sebelum makan.

Kali ini, SK nak kongsikan info daripada Niena Samsir atau lebih mesra dengan panggilan ‘ummi’ tentang kebersihan kurma dan cara mencuci kurma tersebut sebelum dimakan.

“Ok, ini ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?.

Kalau beli, tak ada kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?),” tanya wanita ini lagi.

Katanya, tak kisahlah anda beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

“Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma,” jelasnya.

“Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.”

Jadi, kita perlu cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita mahu makan.

“Ini ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma. Lepas ini, jangan ambil mudah tahu,” nasihatnya.

Pada masa yang sama, wanita ini turut memberi tips dan cara membersihkan kurma yang dibeli sama ada terus dari ladang atau sudah berada di dalam kotak di pasaran.

“Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 hingga 10 minit. Lepas itu, bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi ‘juicy’ semula.”

“Tetapi, kalau nak cepat, tak perlu jemur. Tapis sahaja lepas itu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, InshaAllah tahan lama.”

“Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih,” ujarnya.

Sumber: Niena Samsir

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.