Sudah menjadi lumrah jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin yang dihadapi hampir ke semua negara, sama ada negara mundur, membangun atau maju.
Namun, ia bukanlah tiket untuk mempersendakan taraf hidup seseorang seperti yang dialami oleh seorang budak lelaki dan keluarganya.
Rumah Akid memang roboh….
Semalam, kecoh di media sosial menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh MyFundAction yang melihatkan keadaan daif oleh keluarga adik Akid di negeri Kelantan.
Dalam video tersebut, difahamkan bahagian dalam rumah adik Akid telah roboh disebabkan keadaan kayu yang digunakan semakin rapuh sejak Oktober tahun lepas.
Dorang cakap kami jenis meminta dan ambil duit orang…
Lebih menyayat hati apabila budak lelaki tersebut mengatakan ramai individu menuduh keluarganya sejenis yang kuat meminta dan mengambil duit penduduk kampung.
Walhal, dia sendiri perlu keluar mengambil upah seperti mencuci tandas untuk membeli barangan keperluan dapur seperti bawang dan tepung untuk dibuat alas perut seisi keluarga.
Barangan yang dibelinya itu adalah hasil daripada upah sebanyak RM 6 yang diterima, dan itu pun ramai masih menuduhnya mengambil duit orang.
Mana perginya kroni2 Mercedes?
Perkongsian video tersebut telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna di laman Twitter dengan meluahkan kecewa, selain mempertikaikan peranan orang atasan dalam membela nasib masyarakat di negeri sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan perasaan yang sama atas sikap tidak bertanggungjawab itu kerana mengabaikan nasib rakyat.
Haritu kroni beli Mercedes banyak2 tu buat apa? Kadang2 sedih nak beli makanan mahal2 sebab ada org nak beli makanan pun takde duit.. pic.twitter.com/gREJkW6K7U
— Naim Azhar (@naimazharrrr) April 7, 2022