“Hasil RM500, Niat N4k Beli Baju R4ya Anak” – Peniaga Kecil Kecew4 Untung Niaga Trpaksa Guna Bayar S4man

 

Sejak akhir-akhirnya ramai yang mengeluh akan harga barang terutama ayam naik dengan mendadak. Disebabkan perkara itu, ramai yang beralih arah memilih makanan laut sebagai lauk harian.

Bukan hanya pembeli sahaja terkesan namun para peniaga juga turut terkesan akan harga yang dikatakan agak mahal itu.

“Modal 8.70, suruh jual RM8.90”

Terbaru, menerusi satu video dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Adam__Iskandar memaparkan seorang peniaga yang kecewa apabila dikenakan saman oleh pihak berwajib

.

Difahamkan, peniaga tersebut dikenakan saman berikutan tidak menjual ayam dengan harga yang telah ditetapkan.

Lebih simpati lagi apabila peniaga tersebut memaklumkan bahawa dirinya mahu menggunakan keuntungan yang diperolehi pada hari tersebut untuk membeli baju raya anak-anaknya namun terpaksa digunakan untuk membayar saman.

Walau bagaimanapun, peniaga tersebut tidak marah pada penguatkuasa yang bertugas memandangkan mereka hanya sekadar menjalankan kerja mereka sahaja.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari ini di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati akan peniaga tersebut. Walaupun begitu, mereka juga tidak mahu dengar sebelah pihak sahaja.

Malah, mereka turut mendoakan agar peniaga berkenaan dimurahkan rezekinya.

Zalim dekat bangsa sendiri

Sumber: redaksi

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.