Penat2 ayah bt rumah baru gun4 duit pencen, lps si4p abg suka2 dduk rumah tu. Menitik air mata ayah. Masih aku igt pesan Mak hari itu bt aku benci pd abg.

 

Foto sekadar hiasan :

Aku tak suka abang aku dari aku kecil lagi. Dia kuat makan, makan tak pernah nak ingat orang belakang. Pemalas, baju tahu basuh saja sidai angkat tak reti, pinggan dah makan tinggal, toilet tak pernah nak cuci.

Aku feddup sebab aku balik rumah 2 minggu sekali tiap2 kali tulah aku kena cuci sebab memang kotor, dia tak pernah nak cuci. Kalau tak balik sbulan, hah sebulanlah tak bercuci perghhh nak muntah aku masuk toilet tu.

Cerita dia satu hari dia kata dia nak kahwin. Aku dalam hati bersorak happy gila. Tak sabar. Tak sabar untuk dia tinggalkan rumah ini. Tapi harapan aku meleset.

Sebelum aku sambung cerita… ayah aku dah pencen and dia belilah rumah dengan duit simpanan dia. Time tu rumah tu tak siap lagi. Kalau boleh tiap2 hari ayah aku akan ajak kitorang drive area rumah baru tu… tak sabar rumah tu untuk siap.

Dan akhirnya rumah idaman ayahnya siap. Nak dijadikan cerita, abang aku dah kahwin dan tak jumpa rumah. So korang boleh agakkan jalan cerita ni nak ke mana.

Dek kesian, ayah aku kata takpelah kalau dia nak tinggal kat rumah baru tu sementara dia nak cari rumah lain.

Kesian kat ayah.. dari awal tahun ayah cakap kat ummi cakap ngan aku dengan usu tak sabar nak pindah rumah.

Penat tau nak siapkan rumah baru. Pergi kedai elektrik beli lampu kipas aircond. Pastu kedai perabot beli katil, meja, almari. Pasang grill pasang langsir beli peti ais beli mesin basuh. Dengan ada kes bocor lagi nak kena betulkan.

Dan kau tahu….. abang aku tak tolong langsung kami yelah kerjakannn.

Time tu aku pulak belajar online sebab pkp. Akulah yang tolong ayah aku ulang alik kesana kemari siapkan rumah tu serba serbi.

Penat nak kena house sit bila orang dok pasang. Penat nak packing barang2 dari rumah lama sebab ada sikit2 perabot angkut dari sana. Penat pasang almari semua.

Dan kau tahu abang aku datang hujung minggu tengok rumah dia komen apa? Tak pasang wifi ke? Tv tak beli lagi ke.

Demi Allah aku rasa cam nak hempuk jer kepala dia. Dia tahu dia akan duk sini dengan wife dia, tapi dia tak tolong satu habuk pon.

In the end sebab ayah sayang sangat kat rumah tu, meskipon abang aku duk situ, tiap minggu kitaorang akan stay kat rumah baru tu dalam tiga hari. Ulang aliklah ke sana dari rumah lama kami. Dekat saja tak sampai sejam.

Macam takde kerja jekan kacau abang aku yang baru kahwin tu tapi yelah ayah memang dari awal ayah nak duduk situ.

So, whenever we stay…. hah sukalah abang aku. Pagi ayahnya beli breakfast siap dia boleh bawa bekal lagi untuk tengah hari dia pergi kerja. Tengahari petang, aku ngan ummi masak. Takyahlah dia nak keluarkan duit apakan. Bahagia.

Isteri dia? Hurm.. aku tak salahkan dia kalau dia nak berkurung diri dalam bilik tak nampak batang hidung. Nak buat macam mane…. dia segan.

Mana tak segannya? Nak tolong masak, semua barang dapur ayah yang beli, peralatan dapur semua kitorang punya.

So bila kitorang ada kat rumah kitoranglah pengurus rumahnya so dia segan nak turun. Tapi segan dia………. masya Allah. Smpai breakfast yang ayah aku belikan abang aku angkut bawa naik bagi dia makan.

Makan malam… dia turun time maghrib ayah aku gi surau and aku ngan mak aku solat jemaah kat bilik.

Aku memang tak salahkan kakak ipar. Bagi aku abang aku yang salah. Abang aku takde common sense hulur duit kat mak ayah, beli barang dapur. Dia yang manjakan bawak naik makan semua utk isteri dia siap bawa thermos lagi naik.

Mak aku pesan kat aku. Bila aku dah kerja tiap bulan jangan lupa bagi sikit kat mak ayah biar hidup tu berkat. Jangan jadi macam bang kamu, duit tak cukup mintak kat mak ayah (dah kahwin pon minta duit kat mak ayah).

Aku sumpah tak suka abang aku. Kalau boleh tanak hadap muka dia. Cepat2 nak habis belajar, cari kerja keluar dari rumah parents. Tapi kesian kan kat mak ayah saja dah tua, masih duduk jaga abang yang sempurna sifat.

Tak tahulah camane bila dia dah anak nanti. Doakan lah dia ada duit cari rumah sendiri. Tambah dosa aku saja kutuk dia dalam hati tiap kali nampak muka dia. AstaghfirullahalAziim.

Takut aku nak kahwin. Apa jadi kalau aku dapat suami tak reti urus diri. Kalau benar sayang buat semua tu takpelah.

Tapi aku tak sayang abang aku. Aku siap cakap kat mak… mak Ina takleh dengan tuuuuttt… Ina tak sayang dia macam mak ayah sayang dia.

Kadang2 aku yang tertanya… dia tak sayang mak ayah ke? Yelah tak pernah nak belanja makan belikan apa2.

Kau tahu, time family bini dia mai dia belanja dorang makan nasi arab. Kami pula disini…. kami (mak ayahlah, saya tak termasuk) yang asyik dok belanja dia. Tepuk dahi. – Ina (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen:

Netizen 1 : Sepatutnya lepas kahwin parent x perlu nk kesian sangat PD ABG you sebab dia dah ada tanggungjawab dan perlu cari tempat tinggal sendiri….ni ayah you siapkan rumah baru then dia pergi duduk cuci kaki apa pun x buat…

sepatutnya ayah you mintak dia bayar sewa kat dia setiap bulan…kalau ABG you x nak bayar sila keluar dari rumah tu cari rumah lain….dah kahwin pandai=pandailah bawak diri …sampai bila nak bergantung dengan keluarga….

Netizen 2 : Abg tu mcm xde common sense langsung ye. Macam x Kesian pun dgn mak ayah sendiri punya privacy. Rumah baru tu mesti la Mak ayah nak duduk happy2 bila da usia senja ni. Dy boleh x malu ye senang2 duduk dgn bini dy.

Da mak ayah manjakan abg tu sgt. So dapat la “makan” dy. Pastu duk salah abang tu. Cakap je la direct. Pegi Sewa rumah sendiri. Terus terang je senang. Patut atleast abg awak tu duduk rumah lama. Mak ayah duduk rumah baru tu.

Pelik2 je bagi abg tu duduk rumah baru tu. Biar dy rasa susah masa muda ni. Nanti da tua2 x la menyusahkan orang. Lagi2 nanti da ada anak2 semua. Please tt nasihatkan mak ayah tu suruh abg tu duduk rumah lama ke.

Netizen 3 : sy selalu pesan kt anak lelaki..nnt org lelaki ni kne extra efforts compare anak pempuan..sbb anak lelaki ketua keluarga..dia la kne byr itu ini. keje rumah pon sama kne buat..jemur kain angkat kain..basuh pinggan semua. sy mmg serius la..bab ni..

tu pon kdg si adik terlupa nak basuh. kdg sy panggil balik turun basuh sbb bukan x boleh buatkn tp dia kne buat. sy pesan anak boy ke girl ke sama je kne buat keje rumah..xde istilah isteri/anak pempuan je kne buat. mak dia (if ada isteri) bg anak girl dia study semua sama mcm anak kite.

gi keje jgk..penat jgk. so sama2 kne buat keje. sy suruh ikut cth ayah derang sbb kt rumah sy mmg x masak. sy suruh anak2 sy belajar masak jgk mcm ayah dia. kne jd Tarzan dr skrg. tua2 anak Tarzan dah x ikut nnt. haha.. Kredit: iiumc

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.