Wanita Rela Putvs Tunang Lps Dpt Tahu Gaji Bak4l Suami RM1,100. Ada Yg Sokong, ‘Jgn Kahwin Klu Tak Mampu’

 

ACAP kali hantaran di media sosial yang berunsurkan kebendaan atau mat3rialistik sering dikec4m tervk warganet.

Namun kali ini berbeza apabila ciapan seorang wanita yang sanggup memutuskan tali pertunangan kerana bakal suami bergaji rendah disokong ramai.

Wanita berkenaan berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dilemparkan pemilik akaun Twitter @localrkyt tentang ‘macam mana nak tanya gaji atau keadaan kewangan lelaki tanpa nampak mat3rialistik? Sebab tu benda penting kan?’

Malah wanita terbabit yang dipercayai berusia 35 tahun turut mengakui terkejut dan bimbang apabila mengetahui gaji tunangnya hanya RM1,100.

“Saya sil4p. Dah tunang baru tanya, gaji dia RM1,100 lepas tu saya ‘cuak’ la sebab macam mana nak hidup dengan gaji suami banyak tu. Saya suruh dia cari pendapatan sampingan tapi dia banyak alasan dan akhirnya saya minta putvs tunang. Settle!,” ciapnya ringkas pada Selasa.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat hampir 8,000 tanda suka selain diulang kicau lebih 4,000 pelayar Twitter.

Semestinya kelompok wanita akan menyokong pandangan tersebut dan menyifatkan jumlah gaji yang rendah tidak dapat menampung kehidupan dua orang walaupun perhubungan bermula atas dasar cinta.

Ia berikutan, kos kehidupan seharian termasuk bayaran rumah sewa juga sudah hampir ribuan ringgit dan ia tidak termasuk perbelanjaan bulanan untuk ke tempat kerja.

Anehnya, hantaran yang disifatkan sebagai mat3rialistik oleh segelintir individu turut mendapat persetujuan kaum adam kerana ia dianggap relevan dan rasional.

“Kepada semua wanita, jadilah bijak seperti dia.

“Lelaki yang terasa dengan twit ini, anda perlu menilai diri sendiri.

“Sebagai seorang ayah kepada anak perempuan, saya faham apa yang dimaksudkan. Tapi sejujurnya, saya pun mula dengan gaji RM950,tapi at the end of the day terpulang kepada si lelaki tu macam mana dia nak usaha dapat duit lebih. Kalau malas, baik tinggal,” tulis beberapa pelayar lelaki.

Sokongan terhadap tindakan wanita itu dibuat berikutan sikap bakal suaminya yang tidak mempunyai inisiatif untuk menambah atau mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan.

“Ramai pula cakap macam-macam kat petikan Twitter. Nanti dah berkahwin makan hati pula tak cukup itu, tak cukup ini. Siapa cakap gaji RM1,100 cukup adalah tak berpijak di bumi yang nyata, sekarang ni semua mahal.

“Keputusan awak sangat tepat. Memang betul sus4h senang bersama tapi dalam era sekarang, RM1,100 memang tak cukup untuk sara dua orang. Lagi-lagi bakal suami tu sendiri tidak sanggup melakukan apa sahaja bagi menambah pendapatan sendiri.

“Memang la kahwin ni kau terima dia, dia terima kau. Tapi terima tu daripada segi fizikal dan ment4l. Macam mana nak bagi nafkah jika sukar untuk survive dengan RM1,100?

“Tenang semua. Kakak tu dah suruh tunang dia cari pendapatan sampingan untuk buat tambahan gaji, jadi tak salah sebenarnya tindakan dia. Kewangan sangat penting dalam perkahwinan, silap tunang dia kat sini… bila dia malas nak cari pendapatan sampingan.

“Kalau gaji dia rendah tapi mahu cari pendapatan sampingan, usaha… itu akan jadi cukup. Bukan sebab gaji dia RM1,100, kemudian ada pula yang twit tak adil lelaki yang kena cari itu dan ini sedangkan lelaki memang tanggungjawab dia besar. Tak payah kahwin kalau tidak mampu,” kata beberapa netizen.

Sumber: Mstar  via METRO

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.