Saya Sebenarnya Rindu, Tapi Mungkin Bab4h Sibuk Deng4n Keluarga Baru – Anak Jamal Abdillah

 

CYBERJAYA : Penyanyi muda, Zaki Yamani, 16, yang juga anak Raja Pop tanah air mendedahkan, kali terakhir dia menyambut lebaran bersama Datuk Jamal Abdillah adalah sekitar lapan tahun lalu dan semestinya kerinduan terhadap ayahnya itu sentiasa tersemat di hat

Bagaimanapun, menurut Zaki, dia tidak pernah mahu memaksakan Jamal mahupun keadaan untuk kembali seperti satu waktu dahulu memandangkan dia juga mengerti bahawa ayahnya kini sudah mempunyai kehidupan dan keluarga baru.

“Saya akui, dulu selalu jumpa dengan babah. Kali terakhir berpeluang beraya dengan dia pun masa tahun 2015. Masa itu, saya darjah tiga.

“Boleh dikatakan, masa umur saya sekitar 7 atau 8 tahun, saya rapat juga dengan babah. Kemudian dah kurang. Mungkin sebab babah sibuk, atau sudah ada keluarga baru,”katanya yang kelihatan cuba menahan air mata.

Selain itu, ditanya sama ada dia ada menghubungi bapanya itu dalam sela waktu, kata Zaki, sesekali ada dia berbuat demikian namun berbalik kepada alasan tadi, dia tahu Jamal kemungkinan sedang sibuk.

“Kalau pasal jumpa pula, bergantung kepada dia, nak jumpa atau tidak. Tak nak jumpa pun tak mengapa. Kalau saya ada lesen kereta, dah lama saya berjalan ke tempat dia.

“Bukan saya yang menjauh, tapi saya rasa mungkin dia yang sibuk. Sebab itulah, sejak dulu, apa-apa saya memang dengan mummy. Kami berdua sama-sama uruskan kehidupan kami.

“Dulu, adalah juga rasa sedih. Ada juga rasa yang dipendamkan dalam hati, Tapi saya fikir, lebih baik kami fokus pada kehidupan masing-masing. Nak cakap lebih-lebih pun, saya jadi tak reti,”katanya.

Zaki berkata demikian semasa ditemui pada majlis berbuka puasa di Sky Glass Tower, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kedai kopi, Ngopi Dulu Yop yang diusahakan sendiri olehnya di Kajang, Selangor sejak awal tahun lepas, Zaki mengaku seronok meneroka bidang perniagaan walau di usia yang muda.

Kata Zaki, ia merupakan satu pengalaman yang berharga buat dirinya sementelah menerusi perniagaan itu, dia banyak belajar selok belok berniaga daripada bawah.

“Walaupun saya pemilik kedai, tapi saya jugalah yang bancuh air, beli stok, kemas kedai, jaga kewangan, pendek kata semua saya buat. Tapi berniaga ini seronok sebab sekurang-kurangnya boleh lah ada pendapatan sendiri. Tak sikit banyak, ada.

“Tapi, duit semua saya bagi pada mummy. Sejak saya mulakan kerjaya sebagai penyanyi pun saya memang akan beri duit pada mummy. Tak nak pegang duit banyak di tangan, nanti saya boros,”katanya lagi.

Sumber: Utusan     via METRO

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.